web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Bangsar, Pegawai Polis Tular Di Lokasi Tidak Bertugas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 7:49AM

Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis yang didakwa berada di sekitar lokasi kes bunuh di Jalan Telawi 2, Bangsar semalam selepas video kejadian gaduh di kawasan itu tular, disahkan berada di luar waktu bertugas ketika itu.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata inspektor berusia 27 tahun yang merupakan pegawai penyiasat jenayah Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor itu mengaku berada di lokasi kejadian, namun dia tidak membawa sebarang senjata api bersamanya kerana tidak bekerja, dan dalam kelepasan tugas.

"Hasil temu bual, pegawai itu memaklumkan dia telah pergi ke Bangsar bersama rakannya untuk makan malam dari rumahnya di Subang Jaya. Semasa kejadian, dia bersama kawannya dalam perjalanan untuk mengambil kereta yang diletakkan berhampiran kawasan itu.

"Semasa hendak membuat laporan berhubung kejadian itu, dia mendapati kenderaan polis telah sampai di tempat kejadian, dan dia terus pulang ke rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuar berkata video tular itu turut dirakam oleh rakan kepada pegawai polis berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan seorang individu dipercayai anggota polis yang dirakam dalam video tular itu didakwa hanya melihat tanpa melaporkan satu kejadian pergaduhan yang berlaku kira-kira pukul 1.00 pagi yang mengakibatkan seorang maut manakala seorang lagi cedera parah.

Seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun ditahan di Selayang Batu Caves hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan dan polis masih mengesan beberapa suspek yang telah dikenal pasti.- Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad