web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MBK Sedia 24 Lokasi Bazar Ramadan, Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 4:56PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Penganjuran bazar Ramadan dan Aidilfitri hanya dibenarkan di 24 lokasi terpilih yang sudah ditetapkan Majlis Bandar Raya Kuantan (MBK).

Semua aktiviti perniagaan di bazar berkenaan juga perlu memperoleh kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal berkata, sebanyak 1,800 tapak niaga disediakan di 24 lokasi penganjuran bazar itu.

“Permohonan bagi permit niaga sudah dibuka sejak awal minggu ini dan individu atau peniaga yang berminat boleh mengemukakan permohonan mereka dengan mencetak borang melalui laman web rasmi MBK.

“Borang yang dimuat turun dan lengkap diisi itu perlu dihantar ke Bahagian Penjaja MBK sebelum jam 12 tengah hari, 28 Februari ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Umat Islam di negara ini dijangka mula menunaikan ibadat puasa pada 12 April.

Norkamawati menambah, sebarang kelulusan dan keputusan permohonan adalah tertakluk kepada kebenaran operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) penganjuran bazar berkenaan juga akan ditentukan pihak MKN.

“Buat masa ini pihak kami (MBK) masih belum menerima garis panduan penganjuran bazar Ramadan dan Aidilfitri daripada MKN.

“Kita percaya SOP itu akan diperoleh dalam masa terdekat memandangkan proses permohonan sudah dibuka kepada peniaga,” katanya.

Beliau turut mengingatkan mereka yang terpilih untuk berniaga di bazar Ramadan atau Aidilfitri kendalian MBK supaya mematuhi setiap SOP ditetapkan, selain menjaga kebersihan makanan dan minuman dijual.

“Mungkin (SOP) untuk tahun ini tidak banyak berbeza dengan SOP penganjuran bazar tahun lalu memandangkan penularan COVID-19 masih berlaku, dengan varian baharu seperti Omicron yang dikatakan lebih cepat merebak,” katanya.

Tahun lalu, MBK menyediakan 30 lokasi untuk penganjuran bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar daerah ini.

Antara SOP dikuatkuasakan tahun lalu ialah tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun memasuki lokasi tapak bazar dan menetapkan laluan masuk serta keluar hanya sehala. - Getaran, 23 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Temui Barisan Pelakon Blood Brothers Di Bazar Ramadan Terpilih!

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Ungu, Ratu Rock Ella Bakal Bersatu Dalam Satu Konsert

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kesan 3 Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen, Judi Di Bazar Ramadan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi