Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ingkar SOP COVID-19, 9 Wanita Palauh Berdepan Hukuman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 12:36PM

(Gambar Hiasan) Komuniti Palauh sering menjadikan kawasan lampu isyarat sebagai lokasi mengemis.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Sembilan wanita Palauh berdepan hukuman denda RM10,000 akibat mengingkari prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di dua lokasi berasingan sekitar daerah ini, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, semua wanita berkenaan yang berusia antara 17 hingga 41 tahun ditahan ketika melakukan aktiviti mengemis tanpa memakai pelitup muka atau mengamalkan penjarakan sosial.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, mereka ditahan dalam Ops COVID-19 yang dilancarkan pihaknya di lampu isyarat berhadapan Kedai D.I.Y dan Bandar Sri Perdana, iaitu lokasi mengemis utama golongan berkenaan.

“Kami menerima maklumat mereka gagal mematuhi SOP yang ditetapkan sekali gus berisiko menyebarkan COVID-19 kepada orang lain.

Dr Rohan
Dr Rohan

“Turut ditahan, 25 kanak-kanak Palauh berusia dua hingga lapan tahun, iaitu anak-anak semua suspek yang turut dikerah mengemis di lokasi sama,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Rohan, semua kanak-kanak terbabit ditahan atas faktor kebajikan dan keselamatan mereka seperti yang tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana kesalahan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya.

“Jika didapati bersalah, mereka boleh didenda dan dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau menarik perhatian, semua suspek turut disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 kerana tidak memakai pelitup separuh muka dan gagal melakukan penjarakan fizikal.

“Bagi kesalahan ini, mereka berdepan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

September tahun lalu, media tempatan melaporkan terdapat 12 kes positif COVID-19 membabitkan komuniti Palauh di daerah ini.

Susulan kes, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan sebarang kontak rapat termasuk memberi sedekah di lokasi yang sering menjadi tumpuan komuniti berkenaan bagi mengelak jangkitan. - Getaran, 14 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Suami Ugut, Dera Isteri Dengan Lilin Dicekup Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Saman, Jalan di LTU Raub Akan Ditutup - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Kesan Lelaki Pukul Pemandu E-Panggilan

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Pengawal Keselamatan Terima Penghargaan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Beras Yang Dibuang Di Temerloh Sudah Rosak – KPKM

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Luar Negara 1 hari yang lalu

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia