web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perarakan Chingay 2022 Dibenar Dengan SOP, Skala Kecil

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 5:46PM

Raub (duduk tengah) bergambar bersama ahli Persatuan Tiong Hua Johor Bahru selepas mengadakan perbincangan berhubung Perarakan Chingay 2022, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Perarakan Chingay 2022 yang dijadual berlangsung mulai 19 hingga 22 Februari ini, dibenar diadakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner (ACP) Raub Selamat berkata, acara itu juga perlu diadakan dalam skala kecil dengan jumlah peserta adalah 100 hingga 220 orang mengikut hari.

Menurutnya, sepanjang tempoh empat hari perarakan itu, beberapa jalan utama di bandar raya ini ditutup.

“Pada hari kemuncak perarakan Chingay iaitu pada 21 Februari, sebanyak 13 laluan ditutup bermula jam 7 malam hingga 3 pagi keesokan hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Tiong Hua Johor Bahru di pejabat persatuan itu di sini, hari ini.

Antara laluan ditutup itu adalah Jalan Ulu Ayer Molek, Jalan Lingkaran Dalam, Jalan Gertak Merah, Jalan Yahya Awal, Jalan Syed Mohd Mufti, Jalan Dato’ Onn, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Gereja, Jalan Ngee Heng, Jalan Tun Abdul Razak dan jejambat berhadapan Danga City Mall.

Raub berkata, pihak polis akan menyediakan laluan alternatif bagi memudahkan urusan pengguna jalan raya sepanjang tempoh perarakan itu.

Sementara itu, beliau memaklumkan, hanya penganut yang berdaftar dengan persatuan dibenarkan menyertai perarakan berkenaan dan semua pihak perlu mematuhi undang-undang ditetapkan.

“Masyarakat awam diminta tidak turut serta walaupun hanya sebagai penonton kerana seramai 361 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang tempoh acara itu.

“Polis memberi nasihat supaya masyarakat tidak berkumpul beramai-ramai dan sekiranya mereka berdegil, tindakan kompaun akan diambil,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Raub turut mengingatkan peserta perarakan supaya tidak terbabit dengan sebarang insiden negatif.

“Ia termasuklah pergaduhan membabitkan politik memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya. - Getaran, 16 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

3

Semasa 3 hari yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad