web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Ganggu Ibu Bapa Yang Hendak Vaksinkan Anak - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2022 4:14PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin meminta pihak tertentu supaya tidak mengganggu ibu bapa yang hendak mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak masing-masing menerusi Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids).

“Walaupun ada yang sebar fitnah anak saya dicucuk angin, semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin.

“Jangan kacau orang lain yang nak vaksinkan anak mereka,” katanya menerusi akaun Twitter hari ini.

Khairy turut memuji sikap profesional jururawat yang menyuntik anaknya Ahad lepas dengan menggunakan taktik mengelakkan anak lelakinya Raif daripada melihat jarum suntikan yang digunakan.

“Taktik tidak menunjukkan jarum sangat berkesan dan membantu menenangkan anak saya. Semoga semua doktor dan nurse (jururawat) yang terlibat dalam PICKids dilindungi dari fitnah pihak tertentu,” katanya.

Ahad lepas, Khairy menerusi akaun Twitternya berkongsi gambar anak bongsunya itu menerima suntikan vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Mengenai liputan PICKids, Khairy berkata peningkatan liputan dan pendaftaran PICKids menunjukkan semakin ramai ibu bapa yakin dengan vaksin.

“Liputan dan pendaftaran PICKids semakin meningkat. Alhamdulillah ibu bapa mahu memberi perlindungan kepada anak,” katanya.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, seramai 246,869 atau tujuh peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dalam negara telah mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19 melalui PICKids setakat semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek