web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kadar Kebolehjangkitan Terus Melonjak, Labuan Tertinggi Rt2.31

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 1:18PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di negara ini terus melonjak kepada 1.51, semalam.

Kadar itu meningkat berbanding Rt 1.47 yang direkodkan kelmarin berikutan kenaikan kes harian COVID-19 melepasi angka 20,000 semalam.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitternya hari ini, Labuan merekodkan kadar tertinggi dengan Rt 2.31, diikuti Sarawak (1.82), Sabah (1.65) dan Perlis (1.51).

Putrajaya pula merekodkan kadar Rt 1.43, Kelantan (1.41), Terengganu (1.39), Johor (1.38) manakala Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing Rt 1.37.

Selain itu, Rt di Pahang pula berada pada tahap 1.34, Melaka (1.30), Selangor (1.29), Perak (1.26) dan Kuala Lumpur (1.24).

Semalam, Malaysia merekodkan 20,939 jangkitan baharu yang menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 2,996,361.

Sebanyak 0.56 peratus iaitu 118 kes yang dilaporkan adalah  kategori tiga, empat dan lima.

Jumlah selebihnya iaitu 20,821 kes daripada kategori satu dan dua.

Dibahagikan mengikut kategori, 5,181 kes adalah kategori satu, 15,640 adalah kategori dua, 95 kategori tiga, 13 daripada kategori empat dan 10 dalam kategori lima.

Kali terakhir Malaysia melepasi 20,000 jangkitan baharu COVID-19 sebelum ini ialah pada 5 September lalu membabitkan 20,396 kes. - Getaran 12, Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Kadar Kebolehjangkitan Sedikit Menurun, Labuan Kekal Tertinggi

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Labuan Catat Rt COVID-19 Tertinggi - Dr Noor Hisham

3

Semasa 4 tahun yang lalu

COVID-19: 207 Kematian Dilaporkan Hari Ini, Tertinggi Setakat Ini

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad