web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kadar Kebolehjangkitan Sedikit Menurun, Labuan Kekal Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 11:31AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di negara ini mencatatkan sedikit penurunan apabila Rt 1.49 direkodkan semalam berbanding 1.51 pada hari sebelumnya.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitternya hari ini, Labuan terus merekodkan kadar tertinggi berbanding negeri lain dalam tempoh dua hari berturut-turut iaitu 2.14.

Ini diikuti Sarawak (1.67), Sabah (1.66), Perlis (1.47), Pulau Pinang (1.46) dan Johor (1.40).

Selangor mencatatkan Rt 1.37), Pahang (1.38), Kelantan (1.37) manakala Terengganu dan Kedah masing-masing pada kadar 1.35.

Putrajaya pula Rt 1.34, Negeri Sembilan (1.31), Melaka (1.28), Perak (1.27) manakala Kuala Lumpur (1.22).

Nilai Rt adalah antara penunjuk digunakan oleh KKM dalam membuat penilaian risiko.

Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Semalam, Malaysia merekodkan 22,802 jangkitan baharu yang menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 3,019,163.

Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori satu dan dua iaitu 22,698 atau 99.54 peratus.

Kategori satu sebanyak 5,029 kes (22.05 peratus) direkodkan manakala 17,668 kes (77.49 peratus) dalam kategori dua.

Bagi kategori tiga pula adalah sebanyak 82 kes, kategori empat (14) dan kategori lima (8). - Getaran 13, Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad