web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayar Sewa Kedai Dengan Syarat Sedia Meja Judi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2021 12:23PM

Mohammad Salezan Mohd Salleh - Gambar dari Facebook Mohammad Salezan Salleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu, Johor Bahru (PPPPIKMJB) mendakwa ada individu menawarkan kepada peniaga restoran di bandar raya ini untuk membayarkan sewaan bulanan premis perniagaan mereka dengan syarat menyediakan meja khas untuk aktiviti perjudian dalam talian.

Setiausaha PPPPIKMJB Mohammad Salezan Mohd Salleh berkata malah individu terbabit juga meletakkan syarat supaya peniaga perlu membuka perniagaannya sepenuh masa dan memberi jaminan agar tidak perlu bimbang kerana aktiviti perjudian dan kawasan berkenaan dilindungi oleh pihak tertentu.

"Persatuan (PPPPIKMJB) menerima laporan daripada beberapa peniaga yang mendakwa terdapat kegiatan perjudian dalam talian melibatkan premis perniagaan terutamanya restoran di sekitar bandar raya ini.

"Kita sedia maklum bahawa semua sektor perniagaan mengalami kemerosotan pendapatan termasuk pengusaha restoran kerana terpaksa menanggung bebanan sewaan bulanan premis. Akibat itu, ‘tauke judi’ mengambil kesempatan untuk mengembangkan aktiviti perjudian mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata PPPPIKMJB memandang serius dakwaan tersebut dan berharap pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan yang tegas terhadap kegiatan perjudian dalam talian sekiranya kegiatan terbabit benar-benar berlaku.

Mohammad Salezan berkata pihaknya sehubungan itu, menasihati masyarakat terutamanya peniaga restoran di bandar raya ini, agar tidak mengambil jalan pintas dengan menerima tawaran daripada tauke judi terbabit sebagai melepaskan bebanan dan akhirnya merosakkan aktiviti perniagaan yang dijalankan selama ini.

"Persatuan bimbang sekiranya aktiviti terbabit dibiarkan berlaku kerana ia akan menyebabkan masalah sosial, keruntuhan rumah tangga dan seterusnya merosakkan bangsa dan negara.

"Berpegang teguhlah kepada prinsip agama dan berusahalah untuk mendapatkan pendapatan yang lebih berkat. Jauhilah perniagaan yang mempunyai hubungan dan unsur-unsur perjudian," tambahnya. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar