web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mansuh SOP Pemeriksaan Suhu, Pakar Beri Reaksi Berbeza

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dilaksanakan sejak Mac 2020, prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan yang ditetapkan sebelum individu memasuki premis, dimansuhkan bermula hari ini.

Pemansuhan hasil penetapan Mesyuarat ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 itu dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, selepas mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan (KKM).

Susulan pemakluman itu, Kementerian Pendidikan (KPM) turut memutuskan bahawa pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis institusi di bawah kendaliannya tidak diwajibkan bermula 11 Februari 2022.

Namun, di sebalik keputusan itu, pakar beberapa bidang melahirkan sisi pandangan berbeza, apabila ada yang  menyokong langkah terbabit manakala segelintir lagi dilihat kurang bersetuju.

Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, keputusan itu dilaksanakan pada masa sesuai, memandangkan hampir 100 peratus penduduk dewasa di negara ini sudah divaksin.

Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh
Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

“Bagi saya sudah sampai masa untuk tidak menggunakan pengimbas suhu di tempat umum, memandangkan kadar vaksinasi negara sudah mencapai imuniti kelompok.

“Tetapi untuk SOP mengimbas MySejahtera, saya rasa bagus dikekalkan sebab melalui aplikasi ini, kita tahu sama ada kita adalah kontak kasual, kontak rapat atau sebagainya,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Menurut beliau, usaha membendung pandemik COVID-19 bukan menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata, malah masyarakat perlu memainkan peranan dengan mematuhi SOP ditetapkan sebaik mungkin.

Katanya, bukan mudah untuk menurunkan kes COVID-19, terutama Omicron memandangkan varian itu pantas berjangkit dan akan terus melonjakkan kes dalam tempoh tertentu.

Dr Sharifa Ezat berkata, kes harian direkodkan KKM berkemungkinan lebih tinggi daripada itu kerana ada kes gagal dikenal pasti, susulan kegagalan individu melakukan ujian saringan atau tidak dikesan MySejahtera, malah bukan mustahil jika angka sebenarnya adalah tiga kali ganda.

“Mana-mana individu yang sepatutnya melakukan ujian kendiri, buatlah. Saya saran dapatkan dos penggalak walaupun kerajaan tidak mewajibkannya, kerana ia bagus bagi mengurangkan kebarangkalian untuk menjadi pembawa.

“Jika disahkan positif COVID-19 pun, risikonya kurang, iaitu kategori 1 dan 2, tak ada lah di peringkat kategori 3, 4 atau 5 yang lebih bahaya,” katanya.

Mengulas isu sama, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, pihaknya kurang bersetuju apabila kerajaan mengumumkan pemeriksaan suhu badan tidak diwajibkan memandangkan kes COVID-19 semakin meningkat secara mendadak ketika ini.

Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan
Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan

Jelasnya, walaupun kebanyakan individu disahkan positif virus itu mengalami gejala ringan, langkah pencegahan harus diambil perhatian dengan mengekalkan atau menambahbaik SOP sedia ada kerana usaha itu lebih baik daripada memulih.

Mohamad Ali berkata, sepatutnya pemeriksaan suhu badan diteruskan sebagai langkah berjaga-jaga kerana SOP itu sudah dipersetujui bersama sejak awal, malah amalan berkenaan tidak mencetuskan sebarang permasalahan.

“Apa masalah sebenarnya kalau diteruskan mengambil suhu badan sebagai indikator untuk melihat sama ada pelajar atau murid itu sihat atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mohamad Ali, status suhu badan adalah satu daripada tanda untuk memastikan individu mempunyai gejala atau dijangkiti COVID-19.

Langkah itu, katanya, sebagai inisiatif untuk mengelakkan berlaku penularan jangkitan lebih meluas dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat.

Justeru, beliau meminta KPM meneliti semula keputusan untuk tidak mewajibkan pengambilan suhu di institusi pendidikan kementerian itu.

“Jadi untuk tidak menjalankan pemeriksaan suhu saya rasa perlu diteliti semula, apakah KPM sendiri benar-benar mahu melaksanakan keputusan itu.

“Adakah kementerian ini sudah merujuk kepada pihak sepatutnya terlebih dahulu, seperti KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melaksanakannya di institusi pendidikan.

“Amalan pemeriksaan suhu badan adalah baik, jadi sepatutnya diperketatkan bukan dilonggarkan,” katanya. - Getaran, 11 Februari 2020

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Fasiliti Kesihatan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Tetapkan SOP Khas Aidilfitri

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Cegah COVID-19 Ketika Aidilfitri: Patuhi SOP, Pakai Pelitup Muka Ketika Solat Sunat

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad