web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sindiket Godam Telefon Bimbit Dikesan, Guna APK Palsu Untuk Curi Duit

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 1:55PM

Datuk Mohd Kamarudin menunjukkan cara aktiviti penggodaman akaun bank melalui muat turun fail APK pada sidang media di Menara KPJ hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis membongkar modus operandi baharu aktiviti menggodam telefon pintar dengan menggunakan fail Android Package Kit (APK), bagi membolehkan sindiket memperoleh butiran penting mangsa.

Aktiviti itu terbongkar susulan lima laporan diterima Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sejak dua minggu lalu membabitkan kerugian RM58,844.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din berkata, sindiket dikesan menggunakan laman sosial Facebook untuk mengiklankan penjualan barangan atau perkhidmatan saluran televisyen.

Katanya, tawaran iklan tersebut akan sentiasa diubahsuai bagi menjerat lebih rama mangsa.

“Mangsa yang berminat akan menghubungi pihak sindiket melalui WhatsApp sebelum diberikan fail APK untuk dimuat turun ke dalam telefon pintar.

“Setelah ia dimuat turun, aplikasi tersebut akan menggantikan mesej pesanan ringkas (SMS) sedia ada dan mangsa diarahkan untuk membuat pendaftaran maklumat peribadi, sebelum diberikan akses termasuk kad kredit dan perbankan dalam talian,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, paparan tertulis ‘page error’ akan dikeluarkan sistem sebaik mangsa selesai memasukkan butiran peribadi.

“Ini kerana ia tidak dipautkan kepada sistem perbankan asli,” katanya.

Kamarudin berkata, apa yang dilakukan oleh sindiket hanyalah semata-mata untuk mendapatkan akses terhadap maklumat perbankan dan kandungan SMS dalam telefon pintar mangsa.

“Sebaik mangsa membenarkan aplikasi APK yang dimuat turun untuk mengakses telefon pintar mereka, segala mesej daripada pihak bank akan turut diperoleh pihak sindiket.

“Ia memudahkan pihak sindiket untuk membuat pemindahan wang daripada akaun mangsa ke akaun lain yang dipercayai milik ‘keldai akaun’ dan mangsa hanya menyedari perkara itu apabila mendapati wang di dalam akaun bank mereka berkurangan selepas dipindahkan tanpa kebenaran,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini enam laporan diterima pihaknya iaitu di Johor tiga kes, Pulau Pinang dan Sabah masing-masing satu kes.

“Polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mendedahkan sebarang maklumat peribadi termasuk maklumat perbankan kepada mana-mana pihak.

“Selain itu, kami juga ingin mengingatkan supaya tidak memberikan kebenaran kepada mana-mana aplikasi yang jarang digunakan untuk mengakses telefon pintar anda,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Getaran, 10 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

2

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

3

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 4 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 29 minit yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan