web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenyataan Dr Rais Yatim Memalukan, Wajar Minta Maaf

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2021 2:59PM

Pelbagai pihak mendesak kerajaan laksana undi umur 18 tahun. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika majoriti rakyat Malaysia dan Ahli Parlimen bersetuju had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun, adalah amat mengejutkan apabila seorang individu yang dianggap cendekiawan perundangan tampil menentang.

Bantahan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim terhadap pelaksanaan langkah itu menimbulkan pelbagai persoalan, apatah lagi apabila ia disuarakan seseorang yang boleh dianggap sebagai pakar perundangan.

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, kenyataan diberikan Rais dianggap sebagai sesuatu yang memalukan dan dangkal.

Menurut beliau, ahli politik veteran itu sewajarnya memohon maaf dan menarik semula kenyataan berkenaan, yang dianggap tidak rasional.

“Bagi saya ia sesuatu yang merisaukan dan memalukan memandangkan beliau adalah Yang Dipertua Dewan Negara, malah ia memberi gambaran bahawa Rais tidak menghormati keputusan dibuat 211 Ahli Parlimen itu.

“Perkara ini sudah dipersetujui untuk diluluskan, bagi membolehkan pindaan perlembagaan dibuat, sekali gus membenarkan warga negara berusia 18 tahun ke atas mengundi atau menjadi calon dalam pilihan raya umum,” katanya kepada Getaran.

Fahmi berkata, Rais wajar mengeluarkan permohonan maaf atas kenyataan yang disifatkan ‘menghina’ keputusan dibuat sebelum ini.

“Perkara ini mendapat sokongan majoriti dan ia adalah sejarah apabila Rang Undang-Undang (Pindaan) 2019 diluluskan.

“Pada ketika itu majoriti ahli parlimen bersetuju undi 18 dilaksanakan kerana peringkat umur berkenaan diyakini sudah cukup matang untuk mengundi, justeru kenyataan diberikan Rais dianggap menafikan pandangan ini,” tegasnya.

Fahmi juga berkata, Rais wajar menimbangkan kemungkinan untuk meletak jawatan jika enggan mengeluarkan permohonan maaf.

“Sekiranya beliau tidak memohon maaf, maka  wajar letak jawatan sebagai Presiden Dewan Negara kerana beliau telah memburukkan imej kerajaan dan tidak menghormati keputusan Dewan Rakyat,” tegasnya lagi.

Hannah Yeoh
Hannah Yeoh

Pendapat sama turut disuarakan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang mendakwa, kenyataan Rais Yatim itu seolah-olah menghina anak muda dan sidang Parlimen.

“Pada saya, sesebuah kerajaan yang tidak mahu melibatkan golongan muda akan menyebabkan ia tidak akan berdepan kemajuan dan menjadikan Malaysia semakin mundur.

“Saya tidak pasti sama ada kenyataan yang dikeluarkan Rais Yatim itu merupakan pendirian peribadi, atau mungkin beliau sudah berbincang dengan kerajaan sekarang dan suara tersebut mewakili kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Sementara itu, Parti MUDA dalam satu kenyataan juga menggesa agar kerajaan PN memiliki pendirian yang jelas mengenai perkara ini.

“Pendirian jelas bermaksud komitmen bertulis yang turut tertera tarikh pelaksanaan, sebagaimana dijanjikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) sebelum ini.

“Kami melihatkan alasan-alasan teknikal yang diberikan oleh beliau kelihatan cetek dan berbaur dangkal. Agak memalukan sekiranya kerajaan yang mahu mengenengahkan Malaysia sebagai hab ekonomi digital serantau gagal untuk menguruskan isu pendaftaran pengundi baharu yang dikira amat mudah dilakukan sekarang,” kata kenyataan itu.

Rais, pemegang ijazah Doktor Falsafah dalam jurusan perundangan dan pernah beberapa kali dilantik menganggotai Jemaah Menteri mencetuskan kontroversi, apabila memberitahu, penurunan usia mengundi kepada 18 tahun tidak praktikal untuk dilaksanakan.

Ini bercanggah dengan keputusan dipersetujui lebih dua pertiga Ahli Parlimen, yang selari dengan hampir kesemua negara dengan sistem demokrasi.

Kenyataan Dr Rais juga tidak selari dengan pendirian Menteri Undang-Undang sebelum ini yang memberi jaminan bahawa penurunan had umur mengundi 18 tahun ini akan berjalan selewat-lewatnya pada Julai 2021. - Getaran, 12 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dewan Rakyat: Wan Saiful Mohon Maaf, Usul Gantung 6 Bulan Ditarik Balik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Arkib Negara Malaysia Baik Pulih Rumah Pusaka P Ramlee

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Peruntukan Perlembagaan Persekutuan Cerminkan Kepelbagaian, Kepentingan Kaum - Rais

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Demonstrasi JPOAJ: Orang Asli Kesal, Mohon Maaf Kepada Sultan Johor

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 22 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar