web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Notis Kompaun Pelanggaran SOP PKP Kini RM10,000 - Ketua Polis Negara

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 3:13PM

Abdul Hamid berkata keputusan itu bukan untuk menghukum orang ramai secara berlebih-lebihan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nilai kompaun bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 mulai hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata langkah itu berikutan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan mulai 12.01 tengah malam tadi.

Beliau berkata keputusan menaikkan nilai kompaun itu bagaimanapun bukan untuk menghukum orang ramai secara berlebih-lebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang ramai.

"Tetapi ia semata-mata untuk sedarkan orang ramai bahawa virus ini masih berada di mana-mana sekiranya kita lupa.

"Jika PKP dikenakan sejak sebulan lepas tak dipatuhi maka pada bila-bila masa keadaan boleh berubah kepada keadaan jauh lebih buruk (jumlah kes positif) daripada sebelum ini," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata notis kompaun yang ditulis adalah bernilai RM10,000 jika melanggar SOP, namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) untuk menetap nilai sebenar kompaun yang dikenakan.

“Mana-mana pegawai atau anggota polis hanya mengeluarkan notis kompaun kepada pesalah SOP yang melanggar kesalahan seperti tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal atau premis tidak menyediakan alat pengukur suhu.

“Apabila pesalah dikenakan kompaun yang tertera RM10,000, mereka diberikan masa selama dua minggu untuk menyelesaikan kompaun itu, bagaimanapun pesalah boleh membuat rayuan kepada PKD dan bergantung kepada budi bicara PKD untuk menetapkan jumlah bayaran,” katanya.

Beliau berkata sasaran kompaun maksimum RM10,000 ditujukan kepada pesalah SOP yang berdegil dan mengulangi kesalahan sama dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan membangunkan satu sistem untuk merekod kesalahan berulang pesalah yang melanggar SOP.

“Nama-nama mereka yang melakukan kesalahan SOP yang sama akan disimpan dan direkodkan jika mereka mengulanginya.

"Apabila didapati dia melanggar dan mengulangi kesalahan lagi maka merekalah sepatutnya dikenakan kompaun sehingga RM10,000,” katanya.

Abdul Hamid berkata sebelum ini, beliau telah menghadiri mesyuarat COVID-19 bersama KKM dan peringkat jawatankuasa darurat yang mendapati pembentangan modul Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung menangani wabak itu amat menyakinkan.

“Beliau membentangkan satu modul jika langkah drastik tidak diambil oleh kerajaan untuk mengenakan PKP 2.0, melarang untuk merentas negeri atau daerah maka (situasi) akan lebih teruk dan kes positif COVID-19 juga boleh mencecah 10,000 setiap hari.

“Sekiranya ini berlaku, maka runtuhlah sistem negara dan modul yang dibentangkan beliau terbukti benar iaitu dengan pelaksanaan PKP 2.0 selama dua minggu, kes dapat dikurangkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Fasiliti Kesihatan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Tetapkan SOP Khas Aidilfitri

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Cegah COVID-19 Ketika Aidilfitri: Patuhi SOP, Pakai Pelitup Muka Ketika Solat Sunat

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad