web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akaun Instagram Keluar Kenyataan Simbah Asid Pemain Bola Adalah Palsu – Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2024 8:52PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti bahawa akaun Instagram atas nama Muhammad Imran Suresh, yang mendakwa memiliki maklumat berkaitan kes kejadian simbah asid pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim adalah akaun palsu. 

Tanpa menjelaskan butiran lanjut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya sedang memantau perkembangan kes itu dan siasatan sedang giat dilakukan.

"Kita sedang memantau (situasi). Kita tidak mempunyai angka (berhubung jumlah akaun palsu yang ditemui) buat masa ini sebab kadang-kadang ada (muncul), selepas itu sudah tiada. 

"Kita akan meminta bantuan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk bantu PDRM (dalam mengenal pasti pemilik-pemilik akaun media sosial ini)," katanya pada sidang media khas Pengarah JSJ di Bukit Aman di sini hari ini.

Mohd Shuhaily turut meminta semua pemain bola sepak profesional sama ada pemain kebangsaan atau di peringkat liga supaya sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan diri.

Pada malam tadi, cermin kereta pemain tengah pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim dipecahkan individu tidak dikenali berhampiran Pusat Latihan JDT, Jalan Sri Gelam, Johor Bahru. 

Pada 5 Mei lepas, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira 5 petang.

Pada 2 Mei, pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid dilaporkan cedera selepas menjadi mangsa samun dalam kejadian di Terengganu.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shuhaily berkata, siasatan terhadap kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dijalankan dan pihaknya sentiasa menanti petunjuk baharu.

"Kes masih aktif. Menantikan petunjuk-petunjuk baharu. Malangnya, kami tidak menemukan apa-apa petunjuk baharu. Saya tahu masyarakat tidak berpuas hati tentang ini. 

"Kita harap kes ini masih ada sinar (untuk diselesaikan) dan kehadiran orang ramai ketika kejadian itu, berkemungkinan memusnahkan bukti-bukti yang ada. Berkemungkinan," katanya.

Pada 5 Disember tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di Petaling Jaya sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad