web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Ada Masalah Dengan Pesawat, Kesihatan Anggota - TLDM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2024 5:17PM

10 anggota termasuk pegawai TLDM terkorban dalam nahas melibatkan dua helikopter bulan lalu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua helikopter dan 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbabit nahas bulan lalu berada dalam keadaan baik.

Jurucakap TLDM berkata, laporan awal Lembaga Siasatan mendedahkan, kesemua anggota berkenaan memiliki tahap kesihatan yang baik untuk mengendalikan pesawat (fit to fly).

Menurut beliau, kelayakan penerbangan semua kru udara terlibat juga masih sah dan tidak tamat tempoh.

"Dua helikopter  itu disahkan berada dalam keadaan airworthy (selamat untuk terbang) semasa hari kejadian.

"Kerja-kerja selenggaraan kedua-dua pesawat disahkan dilaksanakan mengikut prosedur dan rutin yang ditetapkan oleh pihak Original Equipment Manufacturer (OEM),”  katanya menerusi kenyataan.

Jelas jurucakap itu, turut dinyatakan dalam laporan awal ialah keadaan cuaca, yang baik dan sesuai untuk melaksanakan aktiviti penerbangan.

Bagaimanapun beliau memberitahu, pesawat HOM AW139 mempunyai kotak hitam, manakala pesawat Fennec yang dikeluarkan pada 2003 dan berusia 21 tahun tidak dilengkapi dengan peralatan berkenaan.

“Lembaga Siasatan telah menerima data analisis Multi Purpose Flight Data Recorder (black box) atau kotak hitam pesawat HOM AW139 pada 3 Mei lalu untuk penilaian lanjut.

“TLDM akan meneliti dua aspek dalam usaha mengenal pasti punca atau faktor menyumbang kepada tragedi itu,” katanya.

Penelitian itu tambahnya, turut meliputi analisis ke atas semua profil penerbangan pada hari kejadian, dengan melakukan simulasi menggunakan simulator penerbangan dan juga pesawat sebenar.

"Lembaga Siasatan mendapatkan bantuan dan pandangan daripada pihak Airbus Helicopter sekiranya terdapat data pada peralatan pesawat Fennec yang dapat membantu siasatan.

"Lembaga Siasatan akan terus mengenal pasti aspek berkaitan yang perlu diteliti dengan lebih mendalam dan menyediakan Laporan Akhir secara menyeluruh dan terperinci,” katanya. 

Beliau menarik perhatian, laporan akhir nahas tersebut dijangka siap 29 Mei ini.

“TLDM akan terus berusaha untuk memastikan aspek kebajikan ahli keluarga mangsa nahas diuruskan dengan sebaiknya, terutamanya berhubung dengan ganjaran dan faedah-faedah sesuai dengan kelayakan masing-masing,” katanya.

Pada 23 April lalu, 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut dalam nahas dua helikopter, ketika melakukan latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90. - Getaran, 9 Mei 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad