web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adam Adli Beri Keterangan Berhubung Perhimpunan #TangkapAzamBaki

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 4:48PM

Adam bercakap dengan media selepas selesai disoal siasat di IPD Dang Wangi. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktivis sosial, Adam Adli dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Perhimpunan #TangkapAzamBaki.

Adam yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di IPD itu pada jam 2.30 petang sebelum disoal siasat polis selama 30 minit.

Ketika ditemui media sebaik selesai proses itu, Adam berkata, dia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis sepanjang diambil keterangan.

“Soal siasat ini berhubung penganjuran perhimpunan (#TangkapAzamBaki ) yang dijadualkan Sabtu ini.

“Saya serahkan siasatan kepada pihak polis. Kita tiada masalah untuk memberikan kerjasama dan ini adalah prosedur biasa setiap kali ada perhimpunan akan dijalankan,” katanya.

Menurut Adam, perhimpunan itu tetap akan diadakan dan dia yakin ia akan berlangsung secara aman.

“Ia adalah hak rakyat Malaysia untuk bersuara dan berhimpun,” katanya.

Selain itu, peguamnya, Syahredzan Johan, berkata siasatan berkenaan dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Kebanyakan soalan adalah berkenaan dengan penganjuran demonstrasi tersebut, namun kita berikan kerjasama penuh kepada pihak polis.

“Cuma apa yang penting adalah siasatan tidak sepatutnya menakutkan sesiapa atau menyebabkan orang ramai tidak mahu datang ke demonstrasi tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya mengesahkan Adam dipanggil untuk memberikan keterangan hari ini.

“Adam Adli dipanggil bagi membantu siasatan berhubung artikel yang disiarkan oleh portal dalam talian pada 14 Januari lalu berkaitan perhimpunan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini,” katanya.

Perhimpunan #TangkapAzamBaki dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi di sekitar kompleks beli belah Sogo di sini. - Getaran, 20 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja