web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Pandang Serius Dakwaan RMT Hidang ‘Nasi Putih, Kuah’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 4:00PM

Gambar yang dikatakan makanan RMT yang tular di media sosial. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius dakwaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) hanya menghidangkan nasi putih dan kuah kepada pelajar di sebuah sekolah semalam.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata selepas dimaklumkan mengenai dakwaan terbabit yang tular di media sosial, beliau sudah mengarahkan siasatan dilakukan.

Menurut beliau, siasatan lanjut dan terperinci mengenai perkara itu akan dilaksanakan demi memastikan kebajikan pelajar terjaga.

“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah didakwa sebagai makanan diberikan kepada murid di bawah RMT.

“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan sudah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenal pasti sekolah terlibat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Radzi menegaskan beliau tidak akan sama sekali memandang lewa isu tersebut.

“KPM tidak berkompromi dalam hal melibatkan kebajikan murid,” katanya.

Semalam, seorang pemilik Facebook memuat naik gambar bungkusan nasi putih bersama kuah yang didakwa dibawa pulang cucu saudara dari sekolah.

Menerusi hantaran itu, individu terbabit mendakwa, kanak-kanak berkenaan memaklumkan kepada ibunya bahawa sajian diterima adalah makanan RMT.

“Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak.

“Sebelum ini budak-budak mengadu makanan RMT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tetapi, ini makanan untuk siapa? Ayam? Tidak tahu salah siapa dalam hal begini,” katanya.

Bagaimanapun, wanita itu tidak meletakkan 100 peratus kesalahan kepada mana-mana pihak, sebaliknya meminta supaya siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui punca sebenar keadaan terbabit.

“Perlu disiasat kenapa diberi makanan seperti ini kepada penerima RMT. Sudahlah senarai penerima RMT wajib sekolah hari-hari tanpa penggiliran. Makanan begini yang dikatakan mampu memacu pendidikan kita?,” soalnya.

Wanita itu berkata, KPM perlu melihat semula masalah tersebut dan sekiranya disebabkan kekangan bajet, kementerian perlu menyalurkan kos baharu supaya tidak ada mana-mana pihak tertekan.

Sementara itu, berdasarkan komen terbaharu ditinggalkan wanita tersebut, dia mempertahankan cucu saudaranya itu sememangnya membawa pulang nasi putih dengan sedikit kuah tanpa ada apa-apa lauk di dalam bekas makanan seperti dimuatnaik di media sosial berkenaan.

Jelas wanita itu, ibu kepada murid tersebut turut bertanya berkali-kali kepada anaknya bagi memastikan tiada salah faham berlaku.

“Emak dia (murid) sudah tanya berkali-kali, takut anak dia sudah makan lauk (jika ada) dahulu. Itu yang dia sedih memikirkan jika makanan begitu hari-hari dihidangkan buat anaknya.

“Jadi bukan menyalahkan sesiapa, tunggu siasatan, sudah diajukan pada AJK (ahli jawatankuasa sekolah),” katanya. - Getaran, 20 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar