web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPT Didesak Teliti Jumlah Graduan PhD Terlalu Ramai Setahun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 4:29PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) didesak supaya memantau graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dikeluarkan universiti tempatan memandangkan jumlahnya dianggap terlalu ramai setiap tahun.

Ketua Penerangan Keadilan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kementerian itu juga didesak meneliti kaedah penghasilan ijazah tertinggi itu bagi memastikan kualitinya setaraf universiti utama dunia.

Katanya, pemantauan dan penelitian itu penting sebelum kedudukan universiti Malaysia merosot di peringkat antarabangsa yang mementingkan kualiti penyelidikan.

“Penganugerahan PhD bukan perkara kecil. Seseorang yang memiliki PhD dianggap layak dan kompeten untuk melakukan kerja bersesuaian kepakarannya.

“Sekiranya kualiti PhD itu dikompromi, maka kerja dilakukan kelak merisikokan organisasi yang mengupah mereka,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mempersoalkan tindakan sebuah universiti awam (UA) tempatan yang menganugerahkan hampir 400 PhD tahun ini, walaupun universiti terbaik dunia hanya memberikan ijazah terbabit kepada kurang 20 graduan.

Menurut Shamsul Iskandar, berita majlis konvokesyen itu menjelaskan bahawa terdapat fakta perlu diberikan pencerahan, terutama penganugerahan kepada ratusan graduan peringkat pengajian berkenaan.

Jelasnya, beliau tertanya-tanya mengapa begitu ramai dianugerahi PhD di universiti itu sedangkan universiti di luar negara yang lebih tinggi ranking dalam senarai Times Higher Education misalnya, tidak menganugerahkan ijazah PhD sebanyak itu dalam tempoh setahun.

Pada masa sama katanya, timbul tanda tanya bagaimana mahasiswa PhD UA itu dinilai sekiranya seorang pelajar memerlukan seorang profesor sebagai penyelia bagi tujuan memantau, menyemak dan meluluskan tesis dihasilkan mereka?

Shamsul Iskandar mempersoalkan, adakah UA berkenaan, mempunyai tenaga pengajar sebanyak itu atau mahasiswa terbabit diselia pensyarah yang lebih rendah taraf akademiknya?

“Sedangkan 10 universiti terbaik dunia jika diteliti, graduan PhD dihasilkan tidak lebih 20 orang setahun.

“Misalnya universiti terulung dunia, seperti Universiti Cambridge hanya melahirkan di bawah sepuluh graduan PhD setahun dalam lima tahun terakhir ini.

“Adakah PhD dihasilkan UA tempatan ini setaraf universiti utama dunia atau mempunyai taraf berlainan?

“Jika PhD dihasilkan di bawah standard (substandard) universiti ulung dunia dan kaedah penyediaan tesisnya lebih mudah, maka apakah standard ini diakui dunia akademik di luar Malaysia?,” katanya. - Getaran, 18 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Universiti Awam Digalak Pasang Panel Solar Untuk Jimat Guna Tenaga Elektrik

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Yuran Pengajian Pelajar Palestin Di Universiti Awam Dikecuali Setahun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Universiti Awam Jangan Tolak Kemasukan Pelajar Miskin, Tidak Mampu Bayar Yuran

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Beri Peluang Kedua, Kesilapan Lalu Bukan Tiket Terus Menghukum

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad