web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Universiti Awam Digalak Pasang Panel Solar Untuk Jimat Guna Tenaga Elektrik

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 8:18PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika perasmian Projek ‘Rooftop Solar Photovoltaic (PV) UPM di Serdang, hari ini. gambar FB UPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Lebih banyak universiti awam (UA) digalakkan untuk memasang panel solar sebagai alternatif bagi menampung penggunaan tenaga elektrik harian, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, buat masa ini UA seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Malaya (UM) sudah mula mengaplikasikan penggunaan panel solar di kampus masing-masing, sekali gus menyokong aspirasi kerajaan dalam melestarikan sistem pembekalan elektrik negara.

“Ia (pemasangan solar) adalah satu perkara positif kerana universiti dapat melihat bagaimana untuk menggunakan panel solar dan tenaga boleh baharu (TBB).

“Bagi universiti awam yang banyak melakukan penyelidikan, impaknya amat positif bukan sahaja dari segi penjimatan tenaga tetapi juga dari segi penyelidikan yang dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Projek ‘Rooftop Solar Photovoltaic (PV) UPM di sini, hari ini.

Turut dimeterai memorandum persefahaman antara UPM dan Syarikat Hampshire Automotive Sdn Bhd bagi penyelidikan bidang kenderaan elektrik (EV) dan ‘battery energy storage system’ (BESS) bertujuan menyokong dasar peralihan tenaga negara dan usaha negara mencapai hasrat 45 peratus pengurangan gas rumah hijau pada tahun 2030.

Nik Nazmi berkata, pelaksanaan projek solar PV beserta penyelidikan EV dan BESS adalah langkah penyahkarbonan yang mendominasi dan mencorak hala tuju pembangunan geopolitik, ekonomi, pelaburan dan perdagangan dunia semasa.

“Justeru, dalam mendepani cabaran dan merungkai masalah pencemaran alam sekitar yang silih berganti, sinergi antara sektor kerajaan, universiti awam dan industri harus terus digembleng melalui aktiviti penguatkuasaaan yang menyeluruh,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam ucapannya berkata, UPM telah menjalin kerjasama strategik dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya GSPARX Sdn Bhd bermula Januari 2022 menerusi pemasangan sistem solar berkapasiti 16.18 megawatt (MW) atau dikenali sebagai SURIA16 di 12 lokasi sekitar universiti tersebut.

Ia merangkumi bangunan termasuk masjid, bumbung parkir dan projek solar terapung Hidroponik-Aquavoltaic Bersepadu Berskala Besar yang ditempatkan di Fakulti Kejuruteraan UPM.

Sehingga September lalu, katanya, projek rooftop solar UPM atau SURIA16 sudah memberikan pulangan penjimatan sehingga RM2.47 juta serta mampu mengurangkan 14,665 tan metrik karbon dioksida setahun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Yuran Pengajian Pelajar Palestin Di Universiti Awam Dikecuali Setahun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Universiti Awam Jangan Tolak Kemasukan Pelajar Miskin, Tidak Mampu Bayar Yuran

3

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Fokus Kepada Penstrukturan Ekonomi Untuk Mendepani Cabaran Ekonomi - Rafizi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Mahkamah Tetapkan 22 Jun Putuskan Semakan Kehakiman Rosmah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 13 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran