web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yuran Pengajian Pelajar Palestin Di Universiti Awam Dikecuali Setahun

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 3:27PM

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Yuran pengajian bagi lebih 600 pelajar Palestin yang sedang menuntut di universiti awam di Malaysia, dikecualikan bagi tempoh setahun berkuat kuasa serta-merta, umum Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak universiti swasta bagi memberi pengeculian yuran kepada lebih 200 pelajar Palestin yang sedang melanjutkan pengajian di institusi mereka bagi tempoh setahun.

Menurutnya, terdapat lebih 800 pelajar Palestin yang sedang menuntut di Malaysia dengan lebih 200 pelajar adalah di universiti swasta dan selebihnya sedang menuntut di pelbagai peringkat pengajian di universiti awam.

“Kita juga sedang mempertimbang untuk memberi elaun bulanan selama setahun kepada semua pelajar universiti awam dan universiti swasta (Palestin) dan kesemua ini (pengecualian yuran dan elaun bulanan) akan melibatkan kos kira-kira RM20 juta hasil sumbangan daripada universiti awam, swasta dan orang ramai,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Global Higher Education Forum 2023 di sini hari ini, Mohamed Khaled berkata, maklumat lanjut berhubung pengecualian yuran pengajian dan elaun bulanan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Kita akan umum dari segi jumlah yang sebenar dalam sedikit masa lagi, kita sudah di peringkat akhir," katanya.

Beliau berkata, KPT memberi perhatian terhadap kesan yang dihadapi oleh pelajar Palestin terbabit susulan daripada konflik di Gaza.

“Sudah tentu mereka antara yang terkesan secara langsung daripada apa yang berlaku di negara tersebut, maka kita sedar keadaan pembelajaran mungkin terputus dan mereka mungkin tidak lagi dapat sokongan pembiayaan daripada keluarga atau penaja," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Universiti Awam Digalak Pasang Panel Solar Untuk Jimat Guna Tenaga Elektrik

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Universiti Awam Jangan Tolak Kemasukan Pelajar Miskin, Tidak Mampu Bayar Yuran

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi