web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beri Peluang Kedua, Kesilapan Lalu Bukan Tiket Terus Menghukum

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 9:04AM

Sikap masyarakat yang berterusan menghukum menyebabkan ada dalam kalangan mereka sukar berubah, malah ada juga kembali terjerumus kepada tabiat lama. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Stigma negatif yang dilempar kepada bekas banduan menyebabkan golongan ini sering disisih masyarakat sedangkan mereka telah pun menerima hukuman setimpal atas kesilapan lampau.

Pengarah Penjara Kajang Mohd Roslen Ramli berkata sikap masyarakat yang berterusan menghukum menyebabkan ada dalam kalangan mereka sukar berubah, malah ada juga kembali terjerumus kepada tabiat lama atau bergaul dengan rakan-rakan sepenjenayah dahulu.

“Ya, mereka pernah melakukan kesalahan sehinggakan dipenjara, tetapi itu bukan tiket kepada kita untuk terus menghukum mereka. Sikap seperti inilah yang boleh membuatkan seseorang itu masuk semula ke penjara.

“Misalnya jika seseorang bekas banduan itu yang pernah dijatuhi hukuman penjara akibat mencuri dan telah pun dibebaskan, masyarakat masih berterusan meminggirkannya menyebabkan dia berisiko terjerumus semula dalam kegiatan mencuri.

“Di sini (Penjara Kajang) memang terdapat mereka yang keluar masuk penjara kerana mengulangi kegiatan lama," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Penjara Kajang, di sini baru-baru ini.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Penjara tidak pernah putus asa untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya memberi peluang kedua kepada bekas penghuni tirai besi ini dan menerima mereka kembali terutama bagi mendapatkan pekerjaan agar dapat mencari rezeki yang halal.

Jelas Mohd Roslen sepanjang berada di penjara, setiap banduan menjalani proses rawatan dan pemulihan termasuk mencakupi aspek kerohanian.

“Selain itu, mereka turut diberikan latihan dan kemahiran tentang sesuatu bidang kerjaya. Oleh itu, masyarakat harus memain peranan dengan memberi ruang dan peluang untuk mereka menyumbangkan sesuatu dalam komuniti serta meneruskan kehidupan normal,” katanya 

Mohd Roslen berkata dalam memberikan keyakinan masyarakat, pihak penjara turut memberikan golongan banduan ini kemudahan seperti komputer dan akses internet untuk menyambung pelajaran dalam pelbagai peringkat daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga tahap Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Mohd Roslen berkata dalam zaman serba mencabar ini, pihak penjara menyedari bahawa kemahiran seperti jahitan serta perkhimatan dobi semata-mata yang diperoleh di dalam penjara tidak mencukupi dan menyukarkan mereka untuk dapatkan pekerjaan lebih baik setelah dibebaskan.

“Oleh itu, para banduan ini digalakkan menyambung pelajaran dalam sesuatu bidang yang bukan sahaja akan meningkatkan peluang mereka untuk mendapat pekerjaan, tetapi juga meyakinkan bukan sahaja diri sendiri serta keluarga dan masyarakat luar sana,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aidilfitri: Keluarga Dibenar Lawat Penghuni Penjara Pada Raya Ketiga, Keempat

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad