web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Anggota Polis Direman Atas Dakwaan Terbabit Pemerasan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 6:55PM

Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB) ditahan selepas disyaki melakukan pemerasan terhadap seorang ejen jualan kenderaan di Persiaran Pandan Prima, Ampang, Selasa lalu.

Anggota URB berusia 34 hingga 36 tahun yang bertugas di Balai Polis Ampang itu ditahan pada jam 2 petang semalam selepas mangsa, iaitu lelaki berusia 30 tahun tampil membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata dalam kejadian itu, suspek yang lengkap beruniform menahan mangsa sebelum membuat pemeriksaan terhadap telefon bimbit lelaki berkenaan.

Jelasnya, suspek mendakwa mangsa mempunyai kesalahan atas milikan sesuatu dokumen yang menyalahi undang-undang.

“Suspek meminta sejumlah wang tunai untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Mangsa yang takut kemudiannya menyerahkan wang tunai menerusi pemindahan secara dalam talian melalui akaun perbankan,” katanya kepada media hari ini.

Mohamad Farouk berkata, ketiga-tiga mereka didapati bebas daripada kesalahan dadah dan tatatertib serta sudah berkhidmat lebih 10 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Reman terhadap suspek dibuat selepas Mahkamah Ampang membenarkannya selama empat hari sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, iaitu menjalankan pemerasan,” katanya.

Pada masa sama, Mohamad Farouk menasihatkan orang ramai yang pernah mengalami kes sama supaya tampil membuat laporan polis.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melakukan jenayah.

“Kita sentiasa bersikap adil dalam menjalankan siasatan dan pendakwaan terhadap mereka yang terbabit,” katanya. - Getaran, 13 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad