web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19: Tindakan Kawalan Dalaman Dilaksanakan Di Rumah, Fasiliti Di Taman Sri Pulai Perdana

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 8:10AM

Dr Aman Rabu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tindakan kawalan dalaman telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Daerah Johor Bahru di rumah dan fasiliti berkaitan di Taman Sri Pulai Perdana, bermula hari ini susulan 47 kes positif melibatkan Kluster Pulai Perdana Tiga, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Datuk Dr Aman Rabu.

Beliau sekali gus menafikan mesej berkaitan pewartaan seluruh kawasan Taman Sri Pulai Perdana sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran, yang tular di media sosial dan WhatsApp, semalam.

“Ekoran aktiviti pengesanan kes secara aktif dan siasatan dijalankan, mendapati rumah terbabit berselerak di sekitar taman perumahan tersebut.

“Dengan itu, tindakan kawalan dalaman pada rumah dan fasiliti berkaitan telah dilaksanakan mulai hari ini. Semua kes positif telah diisolasi dan kontak rapat kes yang dikenal pasti menjalani pengasingan di rumah,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi JKNJ, malam tadi.

Dr Aman berkata fasiliti umum yang berpotensi menjadi tempat penyebaran wabak seperti masjid dan sekolah di dalam kawasan tersebut juga telah dikenal pasti dan ditutup buat sementara bagi tujuan siasatan serta pengesanan kes secara berterusan.

Beliau juga menasihatkan agar masyarakat mendapatkan maklumat sahih dari sumber yang rasmi sahaja, selain tidak menularkan sebarang berita tidak sahih agar tidak mencetuskan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, tular mesej mengenai PKPD secara pentadbiran dilaksanakan di taman perumahan itu dengan pihak sekolah diminta memaklumkan kepada murid di sekitar kawasan perumahan berkenaan untuk tidak hadir ke sekolah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Keracunan Ikan Buntal: Laporan Makmal Dijangka Siap 3 Minggu Lagi - Exco

2

Semasa 3 tahun yang lalu

JKNJ Mungkin Ambil Tindakan Tatatertib Jika Doktor Kontrak Sertai Mogok 

3

Semasa 5 tahun yang lalu

JKNJ, JAINJ Laksana Aktiviti Surveilan Ke Atas AJK Masjid, Surau Di Johor Bahru

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja