web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keracunan Ikan Buntal: Laporan Makmal Dijangka Siap 3 Minggu Lagi - Exco

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 1:18PM

JKNJ masih menunggu laporan makmal berhubung keracunan ikan buntal yang mengakibatkan dua warga emas maut, baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) masih menunggu laporan makmal berhubung keracunan ikan buntal yang mengakibatkan dua warga emas maut, baru-baru ini, yang dijangka diperoleh dalam dua hingga tiga minggu lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata ia bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya sebelum memutuskan tindakan seterusnya ke atas pembekal ikan tersebut.

Beliau berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dan Batu Pahat, selain Polis Diraja Malaysia turut membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut.

“Kita sedang menunggu laporan daripada pihak makmal dan kita perlu berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan dan universiti tentang beberapa akta yang sedia ada ini, cukup tak sampai kita boleh dakwa pembekal tersebut.

“Siasatan masih dijalankan, harapnya dalam masa terdekat ini, kalau laporan (makmal) sudah keluar, kita akan umumkan perkembangan lanjut kepada pihak media,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dengan pengamal media di negeri ini, di sini, malam tadi.

Beliau menambah hasil laporan forensik menunjukkan kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat keracunan ikan buntal.

Ling berkata demikian ketika ditanya mengenai keluarga mangsa yang mahukan laporan daripada Jabatan Kesihatan Daerah mengenai kematian ahli keluarga mereka.

Menjawab pertanyaan pemberita sama ada penjualan ikan buntal boleh diharamkan di pasaran, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membeli ikan seumpama itu untuk dimakan.

Mengenai tindakan ke atas pembekal, Ling berkata JKNJ telah merampas ikan-ikan buntal yang dijual dan diambil sampel untuk siasatan lanjut.

Bulan lepas, sepasang suami isteri warga emas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), Kluang, selepas mengalami keracunan ikan buntal, yang bekalannya diperoleh daripada penjual secara dalam talian melalui Facebook.

Wanita berusia 83 tahun itu meninggal dunia di hospital berkenaan pada 25 Mac manakala suaminya, yang berusia 84 tahun meninggal dunia di hospital sama pada Sabtu lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Perhilitan Johor Tangkap, Pindah 2 Gajah Rosakkan Tanaman Di Kluang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Edar Dadah, Suami Isteri Antara 17 Ditahan

4

Selera 2 tahun yang lalu

Ikan Buntal Dari Jepun Selamat Dimakan – Persatuan Fugu Antarabangsa

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 52 minit yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 37 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad