Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ikan Buntal Dari Jepun Selamat Dimakan – Persatuan Fugu Antarabangsa

Individu yang menggemari hidangan ini seharusnya mengetahui bahawa di Jepun, hanya ikan buntal atau fugu yang diproses mengikut peraturan keselamatan ketat boleh diedarkan dan dieksport.

Selera Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2023 8:08AM

Selamat bagi rakyat Malaysia untuk makan ikan buntal dari Jepun kerana peraturan keselamatan negara itu yang teliti dan ketat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selamat bagi rakyat Malaysia untuk makan ikan buntal dari Jepun kerana peraturan keselamatan negara itu yang teliti dan ketat dalam aspek memprosesan dan pengeskportan produk ikan tersebut, sekali gus menjadikan ia sajian makanan laut yang selamat.

Individu yang menggemari hidangan ini seharusnya mengetahui bahawa di Jepun, hanya ikan buntal atau fugu yang diproses mengikut peraturan keselamatan ketat boleh diedarkan dan dieksport.

Furukawa Yukihiro - Gambar Bernama
Furukawa Yukihiro - Gambar Bernama

Ikan buntal Jepun diedar dan dieksport dari negara Matahari Terbit itu termasuk ke Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat, Australia dan Rusia, demikian menurut wakil Persatuan Fugu Antarabangsa Jepun Furukawa Yukihiro, kepada Bernama hari ini.

Kenyataan beliau mengenai ikan buntal dari Jepun selamat untuk dimakan ini berikutan rakyat Malaysia mungkin mengelak memilih ikan buntal susulan insiden dua warga emas dari Kluang yang meninggal dunia pada Mac lepas selepan makan hidangan ikan buntal.

Difahamkan, pasangan itu telah makan masakan berasaskan ikan buntal didakwa dibeli secara prapesanan daripada penjual tempatan.

Dilaporkan terdapat kira-kira 440 spesies ikan buntal di lautan dan sungai di dunia, tetapi ikan buntal kuning (Lagocephalus lunaris) yang biasa ditangkap di perairan sekitar Malaysia adalah ikan yang sangat beracun. Bahagian ototnya juga beracun dan oleh itu ia bahaya untuk dimakan.

Di Jepun, berikutan langkah keselamatan penggunaan ikan buntal atau fugu, rakyat Jepun menikmati kira-kira 10,000 tan ikan buntal setiap tahun dengan selamat.

Mengulas lanjut mengenai piawaian keselamatan Jepun, Furukawa berkata kerajaan Jepun memutuskan perairan menangkap ikan, jenis dan bahagian fugu (isi, kulit, testis) yang sesuai untuk dimakan manakala kerajaan tempatan mengeluarkan lesen kepada mereka yang layak sebagai cef fugu.

Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun telah mengeluarkan langkah sanitasi untuk ikan buntal yang menetapkan spesies dan bahagian ikan buntal yang tidak berbahaya kepada kesihatan manusia melalui penyahracunan serta perairan dimana ikan itu ditangkap.

Pentadbiran Sanitasi Makanan Kementerian termasuk penubuhan piawaian berdasarkan Akta Sanitasi Makanan dan garis panduan bersatu untuk pemeriksaan dan panduan yang diikuti oleh kerajaan wilayahnya apabila memberi kebenaran untuk perniagaan pengendali makanan dan menjalankan pemeriksaan dan bimbingan di lokasi.

Pengenalpastian spesies dan bahagian ikan buntal dikuatkuasakan secara menyeluruh pada setiap peringkat proses ikan buntal, bermula daripada proses penangkapan ikan, pemborongan (pasaran), pemprosesan, pengedaran, memasak dan peruncitan.

Hanya pihak yang mempunyai kemudahan khas dengan kakitangan berkelayakan yang lulus peperiksaan akan dibenarkan memproses ikan buntal. - Gambar Bernama
Hanya pihak yang mempunyai kemudahan khas dengan kakitangan berkelayakan yang lulus peperiksaan akan dibenarkan memproses ikan buntal. - Gambar Bernama

Pengendali ikan buntal pula perlu mendapatkan kelayakan pengendalian ikan buntal, yang merangkumi keupayaan untuk mengenal pasti spesies fugu dan kemahiran mereka untuk membuang bahagian toksik menerusi peperiksaan.

Hanya pihak yang mempunyai kemudahan khas dengan kakitangan berkelayakan yang lulus peperiksaan akan dibenarkan memproses ikan buntal.

Furukawa berkata produk ikan buntal yang diproses dan telah melalui proses ketat seperti yang diperuntukkan oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun, adalah selamat untuk rakyat Malaysia menikmati hidangan ikan buntal import yang lazat seperti dari Jepun.

“Walaupun kita tidak mempunyai jumlah sebenar ikan buntal yang diimport dari Jepun ke Malaysia, jumlahnya dianggarkan seberat kira-kira satu tan setahun,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa kemampuan Malaysia untuk menawarkan hidangan lazat ikan buntal Jepun yang tradisional akan meningkatkan populariti negara ini dalam kalangan pelancong dan peminat makanan dengan pemahaman mendalamnya tentang budaya dan dan kepelbagaian makanan asing.

Orang kaya di seluruh dunia mengakui ikan buntal sebagai hidangan mewah, jadi terdapat juga manfaat ekonomi bagi restoran-restoran mewah, katanya.

Jika dibandingkan dengan ikan lain, ikan buntal mengandungi banyak asid amino dan kolagen, tetapi rendah kandungan lemak dan berotot, dengan mempunyai  tekstur yang kukuh dan rasa yang segar walaupun digoreng dalam minyak.

“Ciri-ciri ini menjadikannya bahan yang ideal dalam masakan Melayu dan Cina yang mewah serta restoran Jepun,” katanya.

"Kebanyakan kes keracunan makanan ikan buntal di Jepun disebabkan oleh individu yang memasak fugu yang ditangkap sendiri, oleh itu, Kerajaan Pusat Jepun dan kerajaan tempatan telah melancarkan kempen pendidikan untuk meningkatkan kesedaran mengenai larangan memasak ikan buntal secara amatur," kata Furukawa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN

Jelajah 4 jam yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

Setelah menyusun rencana percutian, sebaiknya anda memuat turun aplikasi yang boleh memastikan pengembaraan berjalan lancar dan menyeronokkan.

oleh Rahayu MN

Selera 8 jam yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

Menggabungkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia, pesta makanan ini berlangsung selama sebulan.

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN