web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JKNJ Mungkin Ambil Tindakan Tatatertib Jika Doktor Kontrak Sertai Mogok 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 9:58PM

Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) berkemungkinan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap doktor kontrak di negeri itu sekiranya didapati mengambil bahagian dalam mogok yang dijangka berlaku serentak di seluruh negara esok.

Pengarah JKNJ Datuk Dr Aman Rabu berkata bagaimanapun, tindakan itu hanya akan diambil selepas teguran dan nasihat diberikan kepada mereka.

Beliau berkata pengarah hospital di setiap daerah juga telah dinasihatkan untuk memastikan setiap pegawainya hadir menjalankan tugas esok.

“Perkhidmatan berjalan seperti biasa, itu jaminan kita. Kalau berlaku (mogok esok) tindakan akan diambil terhadap mereka yang ambil bahagian dalam mogok itu, sebagaimana arahan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita akan beri nasihat dan teguran (dahulu), kalau langgar juga, mungkin ambil tindakan tatatertib,” katanya pada sidang media selepas menyertai operasi pemantauan bazar Ramadan di Angsana Johor Bahru Mall, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon.

Dr Aman berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat sama ada terdapat mogok dalam kalangan doktor kontrak di Johor esok, sekali gus memberi jaminan dan memastikan perkhidmatan kesihatan berjalan dengan lancar.

Sementara itu, Ling berkata kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk mendengar rintihan dan masalah yang dihadapi doktor kontrak di negeri itu dan menyampaikan hasrat mereka kepada KKM.

“Walaupun ia bukan bidang kuasa negeri, tetapi sebagai wakil kerajaan negeri, saya masih terbuka untuk mendengar rintihan doktor kontrak supaya dapat sampaikan hasrat mereka kepada pihak kementerian. 

“Mudah-mudahan saya harap doktor kontrak, saya yakin dan percaya, mereka masing-masing ada hati dan berjiwa rakyat, berjiwa membantu pesakit,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kakitangan 5 Lapangan Terbang Di Jerman Mogok, Ribuan Penumpang Bakal Terjejas

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pekerja Lapangan Terbang Frankfurt Lancar Mogok Pada Khamis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perhilitan Johor Tangkap, Pindah 2 Gajah Rosakkan Tanaman Di Kluang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penggantian Segera Untuk Kekosongan Jawatan Doktor Kontrak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 36 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad