web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penggantian Segera Untuk Kekosongan Jawatan Doktor Kontrak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 5:30PM

KKM akan segera mengisi kekosongan jawatan doktor kontrak di klinik dan hospital kerajaan susulan penyerapan hampir 4,000 doktor kontrak ke jawatan tetap. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) akan segera mengisi kekosongan jawatan doktor kontrak di klinik dan hospital kerajaan susulan penyerapan hampir 4,000 doktor kontrak ke jawatan tetap, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata langkah penggantian itu dilakukan bagi mengelak kekurangan kakitangan perubatan selain memastikan kelancaran perkhidmatan kesihatan negara.

“Apabila masuk penempatan daripada houseman (doktor pelatih) kepada pegawai perubatan (MO), tentu ada penggantian selepas itu.

“Jadi insya-Allah semua itu kita akan pertimbangkan. Jangan bimbang kemaslahatan petugas kita, kita akan ambil prihatin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Kenali Ubat Anda Peringkat Kebangsaan 2023 bertema "Kenali Ubat Anda: Pembudayaan Literasi Kesihatan", di sini hari ini.

Dr Zaliha berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hartal Doktor Kontrak (HDK) semalam yang memberi amaran masalah kekosongan jawatan di klinik dan hospital kerajaan bakal mengganggu kelancaran perkhidmatan kesihatan negara.

Beliau berkata Jemaah Menteri pada 1 April lepas bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa peringkat tertinggi yang menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, bagi menangani isu doktor kontrak.

Katanya jawatankuasa itu telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk dengan Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (Schomos) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bagi melihat semua sudut, namun hasilnya belum dibentangkan kepada Kabinet.

Mengenai persidangan hari ini, Dr Zaliha berkata KKM mengambil maklum bahawa sebahagian masyarakat lebih gemar mengamalkan rawatan kendiri dengan membeli ubat di farmasi komuniti, kedai ubat tradisional dan pembelian dalam talian. 

"Tanpa pengetahuan yang mendalam mengenai penyakit dan kesesuaian ubat yang diambil, pengguna berisiko terdedah kepada kesan mudarat yang membahayakan kesihatan mereka," katanya. 

Justeru, katanya program berkenaan mendidik masyarakat supaya bijak membuat keputusan tentang kesihatan mereka serta tidak mudah terpedaya dengan iklan atau individu yang memberi janji manis, terutama yang melibatkan penyakit kronik serta mengandungi kenyataan superlatif seperti terbaik, berkesan, dijamin selamat dan mujarab. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 9 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 9 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

oleh Sophia Ahmad