web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan 7 Individu Belasah Remaja Kerana ‘Barang Bundle’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 6:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUNAK: Polis menahan tujuh individu berusia 14 hingga 17 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang remaja dibelasah yang tular di media sosial.

Ketua Polis Kunak, Superintendan Sabarudin Rahmat, berkata kumpulan remaja itu, termasuk seorang yang dipercayai mangsa ditahan di daerah ini, semalam.

Jelasnya, mangsa membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 4.08 petang, semalam, selepas melihat video di Facebook ‘Orang Kunak’ yang memaparkan dirinya dipukul.

“Mangsa dalam laporannya menyatakan bahawa kejadian berkenaan berlaku pada 28 Disember 2021 di Tapak Tamu, Pekan Kunak.

“Menurut mangsa, punca kejadian adalah kerana dia menjual barang dibeli secara kongsi bersama suspek (rakannya), seperti barang ‘bundle’ tanpa pengetahuan dan hasil jualan tidak dibahagi sama rata,” katanya menerusi kenyataan.

Sabarudin berkata, mangsa memaklumkan apabila rakannya mengetahui perbuatan itu, mangsa sendiri meminta mereka memukulnya sebagai hukuman di atas perbuatan terbabit.

Katanya, selepas kejadian, mangsa dan rakannya berkawan semula seperti sediakala.

Beliau berkata, mangsa memberitahu bahawa dia tidak mengalami cedera parah akibat kejadian itu.

“Mangsa juga tidak mengetahui bagaimana video berkenaan boleh tersebar kerana kejadian berlaku seminggu lalu dan kemudian ditularkan di Facebook,” katanya.

Sejak semalam, tular rakaman video berdurasi 28 saat memaparkan seorang remaja dipegang dan dipukul tiga suspek, sementara dua individu cuba menghalang mereka daripada memukul mangsa.

Di akhir rakaman video itu, mangsa dilihat seperti pengsan dan terbaring secara tertiarap.

Mengulas lanjut, Sabarudin berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam.

“Ibu bapa dinasihatkan agar memantau aktiviti anak supaya tidak terlibat dengan kegiatan yang boleh merosakkan masa depan mereka,” katanya. - Getaran, 9 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki Gaduh Guna Pisau Di Kedai Makan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengurup Wang Didakwa Bunuh Lelaki

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad