web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan 4 Lelaki Gaduh Guna Pisau Di Kedai Makan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2024 8:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Polis menahan empat lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan beberapa individu di sebuah kedai makan di Jelutong, di sini seperti yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata empat lelaki berusia 30-an hingga 55 tahun itu, ditahan di sekitar George Town dan mereka kini direman hingga 5 Jun bagi membantu siasatan.

"Pada hari ini ini, pihak polis telah terkesan sebuah video yang memaparkan beberapa individu bergaduh bersenjatakan pisau dan hasil semakan mendapati ia berlaku kira-kira 6.30 petang pada Sabtu dan susulan kejadian tersebut, polis telah menahan empat lelaki bagi membantu siasatan.

"Berdasarkan siasatan awal polis, lelaki berusia 55 tahun itu datang ke kedai makan milik anak saudaranya (lelaki) dan membuat kacau sebelum pemilik kedai tersebut berang, serta bertindak memukulnya sebelum dua pelanggan yang berada di situ meleraikan pergaduhan tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihak polis telah merampas senjata pisau yang digunakan dalam kejadian itu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 serta 160 Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular video berdurasi 38 saat memaparkan beberapa individu lelaki yang bersenjatakan pisau, bergaduh di sebuah kedai makan sehingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan pelanggan di situ. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Langgar Polis Semasa Op Tapis Khas, Lelaki Ditahan

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PEMENANG Rancang Bawa Kembali 10,000 Keluarga Melayu Ke George Town

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penganjur George Town Festival Mohon Maaf, Tarik Balik Video Kontroversi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad