web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FAMA Jamin Barangan Keperluan Termasuk Ayam Dijual Pada Harga Berpatutan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 2:01PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR SALAK - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan barangan keperluan dan makanan termasuk bekalan bahan mentah seperti ayam yang dijual di pasar tani di seluruh negara dikenakan harga yang lebih berpatutan supaya tidak membebankan pengguna.

Pengerusinya, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata peniaga dan usahawan di bawah FAMA boleh memasarkan terus hasil pertanian mereka di pasar tani tanpa perlu melalui orang tengah sekali gus harga barangan keperluan dan makanan boleh dijual dengan harga yang agak murah berbanding di tempat lain.

Beliau berkata menerusi jualan secara terus dari ladang, peniaga dan usahawan dapat menghapuskan orang tengah yang selama ini mendapat keuntungan sekitar 20 hingga 30 peratus.

“Seperti sedia maklum, dari segi kawalan harga ini di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

“Kita cuma mengharapkan kalau boleh kita ambil terus dari ladang untuk jual ke pasar tani FAMA.

“Sebagai contoh bekalan mentah seperti ayam, kita terus beli dari ladang mungkin harga boleh turun kepada RM6 hingga RM7 sekilogram,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Program My Rakyat dan Pasar Tani Kekal (PTK) Kampung Gajah di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Fasiah berkata PTK Kampung Gajah akan mula beroperasi Mac ini menempatkan 91 unit iaitu 14 unit lot basah dan 70 unit lot kering serta tujuh unit medan selera.

Beliau berkata PTK itu yang menelan kos projek bernilai RM2.6 juta itu akan beroperasi bermula pukul 7 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Mohd Fasiah berkata anggaran penjanaan ekonomi bagi tahun pertama pengoperasian PTK berkenaan adalah sebanyak RM11 juta.

Beliau berkata 90 peratus peniaga di PTK itu adalah dari daerah Perak Tengah dengan perpindahan keseluruhan peserta dari Pasar Awam Kampung Gajah ke PTK tersebut.

Menurutnya selain Kampung Gajah, terdapat dua lagi PTK di negeri ini iaitu di Manjung dan Lekir yang telah beroperasi sejak beberapa tahun lepas serta PTK Kuala Kangsar yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2023. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 10 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad