web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Jerut Pengurus Jabatan Advokasi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 11:18AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan kes kematian Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan IKRAM Muda Malaysia (IKRAM), Nik Khatijah Nik Mud, 32, di Kajang, Selangor, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmad, berkata lelaki terbabit direman selama enam hari sehingga 14 Mac ini.

"Lelaki itu ditahan pada jam 8.45 malam,” katanya ringkas.

Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, mangsa, Nik Khatijah ditemui rakan sekerjanya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia dengan kesan jerut di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata hasil pemeriksaan awal pada mayat wanita itu, mendapati terdapat kesan jerut pada bahagian leher mangsa dan dipercayai dibunuh lebih daripada 24 jam sebelum ditemukan.

“Polis mengklasifikasikan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta tampil memberi keterangan kepada Pegawai Penyiasat ASP Ismail Ahmad di talian 019-2306107 atau menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, IKRAM dalam kenyataan di laman rasmi Facebooknya, menyatakan mangsa merupakan Pengurus Jabatan Advokasi.

“Pemergian seorang kakitangan Pertubuhan IKRAM Muda Malaysia, Allahyarhamah Nik Khatijah telah meninggal dunia di Kajang, Selangor,” katanya. – Getaran, 9 Mac 2021

Sorotan

1

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

2

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

3

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

4

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

5

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 32 minit yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad