web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Tawarkan Vaksin Covid-19 Kepada Pemandu Lori Kargo Malaysia Terpilih

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 5:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura hari ini menyatakan mereka akan menawarkan vaksin COVID-19 pada bulan ini, kepada pemandu dan pengiring lori kargo terpilih yang sering memasuki Singapura daripada Malaysia.

Kenyataan MOH itu menyatakan, vaksinasi itu bertujuan untuk meminimakan risiko jangkitan kepada pekerja yang terlibat dalam penghantaran barangan perlu ke Singapura.

“Vaksinasi akan memberikan perlindungan tambahan terhadap COVID-19, memastikan kakitangan terlibat akan terus menghantar barangan perlu ke Singapura dengan selamat,” katanya.

MOH menyatakan, mereka yang terpilih untuk divaksin akan dimaklumkan menerusi Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) daripada Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura dan akan dihubungi selepas itu untuk janji temu menjalani vaksinasi di tempat yang ditetapkan di Singapura.

Mereka yang tidak menerima vaksin akan terus dibenarkan memasuki negara itu, bergantung kepada langkah pengawalan jangkitan yang dikenakan seperti ujian saringan ketika ketibaan dan langkah pengurusan keselamatan.

Berkaitan program vaksinasi Singapura, kementerian itu menyatakan sehingga 7 Mac 2021 mereka telah melaksanakan lebih daripada 596,000 dos vaksin COVID-19.

Secara keseluruhannya MOH menyatakan kira-kira 379,000 individu di Singapura telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19, dan lebih daripada 217,000 telah pun menerima dos kedua dan melengkapkan rejim vaksinasi penuh.

Kementerian itu juga menyatakan, apabila lebih banyak bekalan vaksin tiba, ia akan memanjangkannya kepada kakitangan perlu yang terlibat dalam fungsi kritikal seperti posmen dan kakitangan penghantaran selain wartawan dan kakitangan operasi bank yang terlibat dalam operasi perbankan dan kewangan kritikal.

Kementerian itu bersama agensi kerajaan berkaitan dan badan berkanun, mereka secara progresifnya telah menawarkan vaksinasi kepada kakitangan yang menyediakan perkhidmatan perlu.

Ini termasuklah agensi keselamatan yang bertanggungjawab menjaga sempadan dan undang-undang dan ketenteraman, termasuk Lembaga Imigresen dan Pemeriksaan Sempadan (ICA); mereka yang terlibat dengan utiliti seperti perkhidmatan air, tenaga dan telekomunikasi; pekerja yang berkaitan bekalan makanan keperluan dan barangan keperluan isi rumah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

4

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran