web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Gelombang Kedua Di Kota Marudu, 6 Kampung Tenggelam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 8:51PM

Hujan sejak awal pagi mengakibatkan 6 kampung ditenggelami air di Kota Marudu, hari ini. - Gambar ihsan APM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA MARUDU - Enam buah kampung ditenggelami air selepas banjir gelombang kedua melanda daerah ini, di sini, petang tadi, berikutan hujan sejak awal pagi.

Pengarah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kolonel Sharudin Md Zain berkata, antara kampung yang terjejas adalah Asin-Asin, Beliajung, Tingkalanon, Tongkungon, Taritipan dan Morion.

"Seramai 73 individu terdiri daripada 17 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewa Sekolah Kebangsaan Teratipan, sehingga jam 7 malam tadi.

"Dua jalan turut terputus hubungan iaitu di Langkon Pitas dan Tingkalanon selepas ditenggelami air,” katanya.

Getaran difahamkan, jumlah mangsa dijangka meningkat berikutan kerja pemantauan dan pemindahan mangsa masih giat dilakukan pihak berkuasa.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana (Banjir) Kota Marudu, Alexander Yong mengesahkan pengisytiharan banjir gelombang kedua di daerah ini  selepas mendapati paras air sungai di Kampung Beliajung mencecah paras bahaya, jam 4.15 petang tadi.

"Melihat perkembangan ini, saya mengarahkan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa di kawasan dinaiki air dilakukan segera, sekali gus mengaktifkan semula PPS serta-merta.

"Orang ramai diminta memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan mematuhi arahan berpindah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya. – Getaran, 31 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Semasa 2 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad