web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Hari Wanita Sedunia

Selamat Hari Wanita Sedunia para wanita semua. Tahukah anda apakah asal-usul Hari Wanita ini sebenarnya? Kami ada ringkasannya.

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 2:45PM

Gambar: UN Women/Yihui Yuan, unwomen.org

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari Wanita Sedunia bukanlah hanya hari di mana kedai-kedai menawarkan diskaun khas untuk pembeli wanita. Ada maksud yang lebih mendalam dan sentimen sambutan yang dikongsi oleh wanita seluruh dunia. 

Hari Wanita Sedunia mengingatkan semua jerih para wanita seluruh untuk hak berpartisipasi dalam politik dan tempat kerja, dari hak untuk mengundi hingga ke gaji setara. 

Berikut adalah lima perkara yang anda perlu tahu tentang hari penting ini, hari yang mengingatkan semua tentang kuasa patriaki yang seperti tak ada hujungnya. 


Siapa pencetus Hari Wanita Sedunia?

Amerika Syarikat. Percaya atau tidak, dahulu Amerika Syarikat mempunyai sebuah parti sosialis yang kuat. Pada tahun 1909 parti itu mengadakan Hari Wanita Sedunia untuk memperingati mogok pekerja wanita sebuah kilang pakaian di sana pada tahun sebelumnya. 

Pemimpin Komunis Jerman, Clara Zetkin memperjuangkan idea ini di Eropah semasa sebuah persidangan antarabangsa wanita-wanita sosialis pada tahun 1910.

Pada 19 Mac tahun berikutnya, rakyat Austria, Denmark, Jerman dan Switzerland turun ke jalanan untuk protes hak wanita. 

Sambutan hari wanita 8 Mac pertama diadakan pada tahun 1914 di Berlin, di mana para wanita di sana mengadakan tunjuk perasaan untuk menuntut hak mereka untuk mengundi. 

Maknanya sambutan Hari Wanita ada unsur komunis? 

Tidak. Katanya Lenin telah menetapkan 8 Mac sebagai hari untuk meraikan wanita, tetapi ia juga tarikh yang dipilih untuk memulakan protes para pekerja di Rusia pada 1917 yang akhirnya menjatuhkan Tsar. 

Selepas Perang Dunia Kedua, hari itu menjadi hari meraikan wanita dan komunisme. Tetapi di luar Soviet Union, 8 Mac digunakan sebagai hari untuk meningkatkan pengaruh wanita dalam hal-hal yang secara tradisinya dikuasai oleh lelaki.

Selepas itu, apa terjadi?

Terima kasih Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu. Pada tahun 1977, PBB dan organisasi antarabangsa lain telah mengisytiharkan 8 Mac sebagai Hari Wanita Sedunia.

Tangkapan layar dari internationalwomensday.com
Tangkapan layar dari internationalwomensday.com

Adakah ada sambutan istimewa di seluruh dunia? 

Jika anda tinggal di Rusia, Uganda, Mongolia, Georgia, Laos, Kemboja, Armenia, Belarus atau Ukraine, 8 Mac adalah hari cuti umum. 

Di tempat lain seluruh dunia, memang tiada sambutan khas diadakan. Sudahlah tiada sambutan istimewa, para wanita masih bergelut dengan hal-hal yang sama, di tempat kerja, mahupun di luar. 

Hari Wanita = Hari Ibu? 

Di Serbia, Albania, Macedonia dan Uzbekistan, Hari Wanita Sedunia juga Hari Ibu. 

Di Albania, upacara menyambut adiwira tak didendang ini termasuklah memberikan gubahan daun semalu kepada para ibu. Di Serbia pula, anak-anak memberi ucapan meraikan ibu mereka. - AFP, 8 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Kolum 4 tahun yang lalu

Wanita, Harus Dihormati Dan Dijaga Dengan Penuh Kasih Sayang

2

TARA 5 tahun yang lalu

Warkah Buat Wanita

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

4

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 21 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad