Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Wanita, Harus Dihormati Dan Dijaga Dengan Penuh Kasih Sayang

8 Mac lalu, Hari Wanita Sedunia. Hari menghargai dan mengiktiraf kejayaan yang diperolehi golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik bahasa, budaya, ekonomi dan politik. Sudahkah anda raikan diri sendiri?

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 2:35PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada 8 Mac 2022, Hari Wanita Sedunia (International Women’s Day). Hari menghargai dan mengiktiraf kejayaan yang diperolehi golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik bahasa, budaya, ekonomi dan politik. 

Hari yang sepatutnya kita raikan kejayaan sendiri. Anda telah berjaya menimba ilmu. Ilmu dunia dan ilmu akhirat, itu sudah tentu satu kejayaan yang besar, tiada tolok bandingnya. 

Anda anak yang membahagiakan ibu bapa malah menjadi kebanggaan mereka, itu adalah sebesar-besarnya hadiah kepada kedua orang tua kita. 

Anda telah berjaya membina sebuah keluarga, punya suami dan anak-anak, melayan dan membahagiakan mereka, itu pasti satu kejayaan yang begitu bernilai buat diri dan keluarga. 

Sebagai pekerja, anda turut sama membina dan mengukuhkan syarikat, menjadi sebahagian daripada usaha menyumbang kepada mengukuhkan ekonomi negara. 

Atau sebagai majikan, bersyukur sangat kerana Allah melimpahkan rezeki yang banyak kepada anda untuk dikongsi dengan orang lain, bersama suami, anak-anak dan ahli keluarga lain.

Sebagai rakyat pula, anda taat kepada perlembagaan negara, sesuatu yang menjadi perkara wajib bagi setiap ahli masyarakat. 

Sebagai orang yang beragama, anda patuh kepada suruhan-Nya dan tidak mengacaubilaukan kepercayaan dan hak beragama orang lain. Ini adalah sebaik-baiknya insan di dunia ini dan tempat yang menantinya, insya-Allah adalah di syurga.

Kepada semua wanita, marilah kita terus menjadi insan yang berguna di sisi masyarakat dan keberadaan kita disenangi dan dimuliakan. Dan saat kita dipanggil-Nya nanti, kita akan terus dikenang atas sumbangan dan jasa kita. 

Anak-anak kita yang telah kita didik dari kecil menjadi insan berguna bukan sekadar menangisi pemergian kita, tetapi terus menyedekahkan Al-Fatihah dan bersedekah untuk kita sementara diri mereka dan keturunannya terus dididik menjadi orang beriman. 

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Wanita adalah tiang negara, jika baik wanitanya baik pula negara itu, tetapi jika jelek wanitanya, maka jelek juga negara itu.”  

Wanita, kita ini diibaratkan sebutir permata yang sangat bernilai. Islam menaikkan darjat wanita dari dasar bumi hingga pada akhirnya syurga diletakkan di bawah kakinya. Masya-Allah, begitu mulianya kita di sisi Allah. 

Seorang isteri misalnya jika anda mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kemaluanmu, mentaati suami mu, nescaya akan dikata kepadamu, ‘Masuklah ke syurga’. (HR Ahmad)

Lidahmu wanita janganlah kamu biarkan menyebut kekurangan orang lain, sebab kamu pun punya kekurangan dan orang lain juga punya lidah. 

Ya, a beautiful woman uses her lips for truth, her voice for kindness, her ears for compassion, her hand for charity and her heart for love. 

Pada yang membencimu, doakan agar Allah menyelamatkan orang itu dunia akhirat. Ya, jadilah wanita muslimah kerana Allah ingin melihat kamu di syurga-Nya nanti. 

Islam memperlakukan wanita dengan hormat dan bermartabat lalu jangan kamu rendahkan diri dengan menjual maruahmu. Lebih tepat, Islam mengangkat darjat wanita, diperintahkan kepada kaum lelaki untuk memuliakan dan menghormatinya. 

Namun tidak semua wanita beroleh ‘kemenangan’ ini, sebaliknya ramai sekali hidup penuh sengsara di tangan lelaki yang bernama suami. 

Diperlakukan dengan kejam, dihina, disepak terajang, dilayan bagaikan binatang. Begitu durjana sang suami yang tidak takut dihumban ke neraka jahanam. Ramai yang menganggap kuasa di tangan mereka, lalu berbuat sesuka hati. 

Ada isteri tetapi dijadikan hamba di dalam rumah sendiri. Punya isteri tetapi isteri tidak boleh bersuara, tidak boleh memberi pendapat, jauh sekali nasihat. Ada isteri tetapi sang isteri dikerah membuat segalanya, sehinggalah sebiji gelas kotor pun tidak akan dibasuhnya kerana menganggap mencuci mengemas itu tanggungjawab sang isteri. 

Ada suami, bukan pun dia yang membawa balik makanan untuk dihidangkan di atas meja, tidak duit diapun. Duit isteri juga yang membeli segalanya, yang membayar api, air, hutang-piutang kereta dan pinjaman rumah. 

Bukan pun dia yang mengeluarkan belanja persekolahan anak-anak, semua ditanggung oleh sang isteri, tetapi pulangnya isteri dari pejabat, belum pun sempat si isteri menukar pakaian, dia sudah dikerah untuk menghidangkan makanan kerana suami lapar. 

Dia juga diminta menggosok bajunya yang ronyok, aduh… dia yang bekerja mencari rezeki, dia juga yang membuat segalanya tanpa bantuan suami dan dia juga yang dimaki hamun jika terdapat sebarang kekurangan melayaninya dan anak-anak.

‘Ingat lelaki, jangan sesekali kamu menghina wanita kerana di dalam AlQuran Allah mendedikasikan satu surah khas untuk wanita’ - surah An Nisa. 

Membawa saya kepada satu lagi peristiwa yang menyayat hati, yang tidak mungkin dapat saya lupakan sehingga bila-bila, bila mana teman dibunuh oleh suami sendiri. 

Teman terlalu baik orangnya. Peribadinya, sesiapa yang mengenali akan berasa senang bersamanya. Seorang wanita jelita, tinggi pendidikannya, daripada keluarga orang senang, memegang jawatan penting di sebuah syarikat gergasi. 

Malang baginya, apakah kesalahan besar yang dilakukan sehingga sanggup si suami ambil nyawanya. Ada kata kejadian ngeri itu disaksikan oleh anak-anak.  Dan sehingga kini bila mana saya teringatkan arwah, air mata pasti mengalir. 

Sering saya terkenang tinggal serumah dengannya dan banyak cerita kami kongsikan bersama; tentang penghidupan, tentang hari depan, tentang lelaki pastinya kerana masing-masing punya cita rasa, punya angan-angan dan menyimpan kisah silam. Ya Allah, lapangkan kuburnya dan tempatkanlah nanti dia di syurga Firdaus-Mu.

Dan Islam khasnya meletakkan wanita sebagai satu makhluk yang harus dihormati dan dijaga dengan penuh kasih sayang. 

Wanita, jadilah engkau insan yang kuat, yang cantik, yang tidak takut cabaran mendatang dan berani menentang.

Yang suaramu didengari dan tindakanmu disenangi dan jika semua itu menghasilkan legasi yang bisa membuat orang lain terinspirasi untuk mengetahuinya lebih mendalam, ‘to dream more, learn more, do more, then you are an excellent leader.’

Wanita itu

Wanita itu sekuat semangatnya, 

Sekeras waja hatinya

Tidak dilanda derita sengsara bangun terus berdaya

Tanpa keluh kesah bercerita menepis perit jerih yang ada

Membina kehidupan yang mendatang. 

Menyusuri liku-liku kehidupan, menjaga maruah dan diri demi anak-anak yang tercinta -Iman Aiyma

Akhir kata saya ingin mengingatkan akan pesan Rasulullah SAW kepada umatnya. “Lelaki dan wanita dijadikan berpasang-pasangan, saling memerlukan di antara satu sama lain.” 

Rasulullah SAW pernah ditanya, “Wanita seperti apa yang paling baik?” Rasulullah menjawab, “Wanita terbaik adalah yang ketika kamu melihatnya kamu merasa bahagia.” - Getaran, 12 Mac 2022



 

Isu Pada

NFT, Seni Atau ‘Scam’? Bersama Ghazi Maslan

12 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan Dalam Siasatan SPRM Terhadap Mohd Nazlan

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Jatuh Cinta Dengan Sahabat Sendiri, Tetapi Memilih Untuk Pendam Perasaan, Luahan Adrianna Terhadap 'Sayang'

3

Semasa 1 tahun yang lalu

AUKUS: Malaysia Kekal Dengan Pendirian, Minta Semua Pihak Menghormatinya

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Tak Berkenan Konsert K-Pop? Semua Ada Pendapat Masing-Masing - Dolla

Sorotan

1

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

2

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

3

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

4

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

5

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis