Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Warkah Buat Wanita

Editor Gaya Hidup dan Hiburan Getaran mengungkap sekalung penghargaan buat semua wanita sempena Hari Wanita Sedunia.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2021 9:00AM

Gambar: Mentat, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biar apa pun kata generasi woke zaman sekarang, jantina manusia hanya ada dua mengikut definisi sains dan agama. Lelaki dan wanita. Kedua-duanya mempunyai sifat berbeza dan gara-gara itu, kedua-duanya ada stigma yang kadang sukar untuk dibuang.

Malah di tahun 2021 yang dianggap serba moden dan canggih ini, kaum Hawa nampaknya lebih sering distereotaip berbanding kaum Adam jika kita perhatikan dengan teliti.

Seperti lagu ‘Seksis’ nyanyian Anita Sarawak yang popular sekitar sedekad lalu, bait-bait liriknya yang berbunyi “Pabila ku ramah manis lidah, Kau tuduh ku perempuan murah, Namun bila kau menutup helah, Katamu mengikut sunnah..

Ada benarnya kata-kata yang dilagukan oleh Anita Sarawak itu. Pasti sukar menjadi wanita ya? Hampir setiap pergerakan bakal dinilai dan diterjemah mengikut suka hati masing-masing (khasnya interpretasi kaum lelaki).

Banyak perkara tentang wanita yang saya yakin para lelaki tidak akan tahu sepenuhnya sehinggalah mereka berkahwin atau hidup bersama seorang wanita.

Sebagai seseorang yang tidak mempunyai adik-beradik perempuan, satu-satunya wanita yang sentiasa ada di depan mata sepanjang saya membesar adalah ibu saya.

Jadi, sekiranya ada perkara-perkara peribadi atau ‘rahsia’ perihal wanita, saya pasti agak lambat mengetahuinya kerana tiada adik ataupun kakak. Kami ada pembantu rumah yang pernah tinggal bersama tapi sudah tentu kami tidak menyibuk soal hal-hal peribadi mereka.

Gambar: Gabby K, Pexels
Gambar: Gabby K, Pexels

Saya masih ingat semasa berumur 10 tahun di Tahun Empat sekolah rendah, guru kami membicarakan tentang kitaran haid dan ada beberapa pelajar lelaki terpinga-pinga bertanya apakah haid?

Saya benar-benar tidak tahu sedangkan rakan-rakan perempuan sekelas cuba menjelaskannya dengan begitu polos dan beranggapan seolah-olah kami harus tahu hal tersebut.

Kalau difikirkan semula, memang lucu tapi itulah kenyataannya. Banyak perkara tentang wanita yang saya yakin para lelaki tidak akan tahu sepenuhnya sehinggalah mereka berkahwin atau hidup bersama seorang wanita.

Saya beruntung kerana daripada wanitalah saya belajar seribu satu perkara. Walaupun tidak mempunyai kakak atau adik perempuan, kawan-kawan serta sepupu-sepupu perempuan sayalah yang memberikan pelbagai informasi yang mungkin orang lelaki jarang atau lambat ketahui.

Saya tidak berasa rugi sama sekali mempunyai teman karib dan sahabat rapat berlainan jantina. Ia telah memberikan saya banyak kelebihan yang membantu saya untuk menelusuri kehidupan zaman moden ini.

Guru-guru wanita sepanjang alam persekolahan telah banyak mendidik dan mengasah bakat saya. Biarpun saya ada beberapa guru lelaki kegemaran di sekolah namun guru-guru perempuanlah yang paling banyak menyumbang kepada pembentukan minat dalam diri saya.

Gambar: Qalam Eka Maulana, Unsplash
Gambar: Qalam Eka Maulana, Unsplash

Saya bergelar penulis kerana bakat saya diiktiraf dan dipuji guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di sekolah. Di menara gading, para pensyarah wanita juga banyak memberi motivasi dalam mencungkil bakat serta kebolehan saya untuk menceburi bidang yang saya sukai.

Di alam pekerjaan pula, ketua dan pemimpin saya yang banyak terdiri daripada kaum Hawa jugalah yang membantu memberikan tunjuk ajar dan teguran. Biarpun ada boss atau ketua lelaki, namun yang wanita berbeza pendekatannya. 

Bagaimana mereka mampu melakukan pelbagai pekara dalam satu masa masih menjadi misteri dan saya yakin itu rahsia Tuhan.

Melihat ibu saya sendiri dan kini kaum keluarga serta kawan-kawan rapat di sekeliling, saya sering berfikir bagaimana ibu saya mampu melakukan semua ini?

Semasa saya bersekolah ibu saya bekerja di sebuah syarikat minyak dan gas swasta sekitar dua dekad. Dalam kesibukan mengejar tugas di pejabat, dia sempat pulang ke rumah waktu makan tengah hari untuk masak dan balik semula ke pejabat. Dia masak aneka lauk untuk keluarganya setiap kali waktu makan.

Semasa menduduki peperiksaan UPSR tahun enam, saya tidak mengikuti sebarang kelas tuisyen, saya hanya membuat latihan dengan buku kerja yang ibu saya belikan dan sebaik sahaja pulang dari pejabat dia yang akan mengajar saya tentang kesalahan serta kesilapan yang dilakukan.

Alhamdulillah saya mendapat nilai A untuk kesemua mata pelajaran ujian UPSR. Semuanya berkat usaha dan doa seorang wanita.

Gambar: Ketut Subiyanto, Pexels
Gambar: Ketut Subiyanto, Pexels

Sepanjang kerjaya saya melangkau dua dekad di bidang media dan hiburan, saya melihat sendiri bagaimana rakan-rakan artis wanita gigih berusaha. Tampil cantik untuk acara dan sesi fotografi, kemudian bergegas menyanyi, berlakon atau mengacara di set, biarpun kadang ada sejuta masalah peribadi, tapi mereka masih ampuh. Tampak gah namun jelita semampu mungkin.

Ya sungguh pun stereotaip ‘kaum yang lemah’ sering dipakai oleh ramai orang, wanita jelas tidak lemah sama sekali. Malah ‘kelemahan’ itu sering disalah tafsir atau disalahertikan.

Kelembutan bukanlah kelemahan. Malah kelembutan merekalah senjata yang telah melahirkan ramai pemimpin dan pencetus idea dunia moden. Presiden dan Perdana Menteri wanita semakin ramai jika dihitung. Apatah lagi pemimpin dan Ketua Pengarah syarikat-syarikat besar dunia. Wanita tegar mendominasi.

“Pabila ku ramah manis lidah, Kau tuduh ku perempuan murah, Namun bila kau menutup helah, Katamu mengikut sunnah..” - Anita Sarawak

Namun saya sedar, wanita juga tetap harus berlawan dengan tanggapan negatif masyarakat serta budaya setempat. Dalam keghairahan mereka dipuji dan disanjung sebagai pemimpin dan pengubah permainan, mereka masih perlu lari dari digelar perampas, perosak rumah tangga, penggoda, pisau cukur dan macam-macam lagi nama yang kurang enak didengar.

Buktinya, wanita masih diperdagangkan. Pekerja seks masih ‘diperlukan’ oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab. Mereka masih dikambinghitamkan untuk pelbagai urusan jenayah dan biasanya bukan atas kerelaan hati sendiri namun kerana terpaksa atau sering juga dipaksa.

Tetapi, janganlah kita lupa bahawa kita masih ada pengkaji, penyelidik dan ramai pakar bijak pandai di kalangan wanita. Ada yang lahir dari dunia kegelapan yang saya sebutkan tadi, namun mereka menemui jalan keluar. 

Gambar: Cedric Fauntleroy, Pexels
Gambar: Cedric Fauntleroy, Pexels

Walau ada Saidatina Khadijah, usahawan bergelar janda kaya yang menjadi suri Baginda Rasulullah SAW, Maryam ibu Nabi Isa yang masih suci kala bersalin, Mother Theresa, Marie Curie, Florence Nightingale dan ramai lagi wanita luar biasa dalam sejarah dengan pelbagai kisah hebat mereka, masih ada juga Lorena Bobbit, Imelda Marcos, Mona Fandey dan segelintir wanita lain yang mempunyai rekod buruk di mata masyarakat.   

Kita mungkin tidak dapat menafikan kelemahan wanita (seperti juga lelaki) namun kita tidak boleh juga menidakkan kehebatan mereka. Bagaimana mereka mampu melakukan pelbagai pekara dalam satu masa masih menjadi misteri dan saya yakin itu rahsia Tuhan. 

Untuk itu saya ingin mengucapkan selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita yang tidak putus-putus memberikan segala yang mereka mampu demi menjadikan dunia ini tempat yang lebih indah dan menarik untuk didiami.

Terima kasih di atas segala pengorbanan anda semua. Sungguhpun ada yang menganggap kalian racun, namun yang nyata kalian jugalah penawar abadi.

Sesungguhnya tangan yang menghayunkan buaian, memanglah tangan sama yang menggoncang dunia! – Getaran, 7 Mac 2021

Isu Pada

Mizz Nina

06 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Seludup Pil Yaba Lebih RM120,000, 2 Wanita Ditahan

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu