web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rina Bukan 'Berposing' Tapi Cuci Najis Unggas, Cicak - JKM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 7:47AM

Gambar Rina menggunakan 'water jet' untuk mencuci longkang sebuah sekolah, telah mencetuskan kontroversi. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperjelas isu tular yang mendakwa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun hanya 'berposing’ mencuci simen bersih ketika terlibat dalam operasi pasca bencana banjir hari ini. 

Kenyataan JKM memaklumkan keterlibatan Rina bukan sekadar mencuci simen di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi, yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), malah beliau turut melakukan kerja-kerja pembersihan dan susun atur logistik lain di sekolah itu. 

“JKM selaku jabatan yang menguruskan operasi ini telah memohon kesudian YB Datuk Seri Rina untuk mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan oleh pihak sekolah sukar dicuci sebelum ini.

“Memandangkan peralatan jet air sedia ada di lokasi pembersihan, YB Datuk Seri Rina tidak menolak pelawaan JKM dan beliau melakukan kerja tersebut dengan dada yang lapang dan hati yang terbuka,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut JKM amat berbesar hati atas kesudian Rina untuk turut serta dalam operasi tersebut yang bukan sekadar terlibat dalam pembersihan kawasan malah bersama-sama Sukarelawan Keluarga Malaysia mengemas bilik darjah, menyapu lantai dan tingkap bilik darjah, menyusun atur meja dan kerusi pelajar supaya keadaan kembali seperti sediakala memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.

Menurut JKM, Rina turut mengemas khemah yang digunakan oleh mangsa banjir untuk simpanan bagi kegunaan pada masa akan datang.

“JKM berasakan tidak adil para warganet membuat tohmahan dan memperlekeh usaha dan penglibatan YB Datuk Seri Rina dalam operasi pembersihan ini,” katanya. 

JKM turut menyeru dan mengalu-alukan lebih ramai rakyat tampil mendaftar serta terlibat sebagai Sukarelawan Keluarga Malaysia dalam misi membantu operasi pasca banjir daripada membuat dan menyebarkan provokasi yang tidak bermanfaat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Cicak Dan Tahi Haiwan Itu Dari Sudut Pandangan Islam

2

Politik 3 tahun yang lalu

Penduduk Berbeza Pendapat Kemampuan Rina Untuk Menang Di Sepang

3

Refleksi 3 tahun yang lalu

Tinggal Serumah Bersama 20 Ekor Haiwan Eksotik

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Lebih 6,000 PPS Siap Siaga Hadapi Banjir - Rina

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 11 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar