Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cicak Dan Tahi Haiwan Itu Dari Sudut Pandangan Islam

Penulis hari ini berkongsi dua perkara yang sentiasa dibualkan tentang cicak iaitu hukum membunuh cicak dan membersihkan tahi cicak

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 4:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cicak merupakan sejenis haiwan yang boleh dikatakan ada di mana-mana termasuk di rumah, surau, masjid dan seumpamanya. Bercakap mengenai cicak, pasti ramai dalam kalangan kita yang tahu bahawa membunuh cicak adalah sunnah. Tetapi apakah pula hukum memijak tahi cicak ketika solat?

Justeru, penulis ingin berkongsi mengenai dua perkara tersebut yang berkaitan dengan cicak berdasarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 

Perintah Nabi Muhammad SAW untuk membunuh cicak disebut dalam pelbagai dalil dan hadis
Perintah Nabi Muhammad SAW untuk membunuh cicak disebut dalam pelbagai dalil dan hadis

Mari mulakan dengan membunuh cicak. Menurut dalil yang telah disyariatkan dalam islam, cicak adalah sejenis binatang perosak dan merupakan haiwan yang boleh dibunuh. Apatah lagi ia diperintahkan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW berdasarkan rujukan dari pelbagai dalil, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Syarik RA:

مأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَمَرَ بِقَتْلِ الْوَزَغِ وَقَالَ كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَم‏‏‏

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh cicak. Dan Baginda bersabda “Sesungguhnya cicak itu meniup (menyemarakkan) api yang membakar Ibrahim AS”

Sahih al-Bukhari (3359)

Malah turut dijelaskan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa membunuh cicak ini mendapat pahala. Hadis tersebut berkata:

ى وَإِنْ قَتَلَهَا فِي الضَّرْبَةِ الثَّالِثَةِ فَلَهُ كَذَا وَكَذَا حَسَنَةً لِدُونِ الثَّانِيَةِ

Maksudnya: Barang siapa yang membunuh cicak dengan pukulan yang pertama, baginya sekian pahala, barang siapa yang membunuhnya pada pukulan kedua, baginya sekian pahala yang kurang daripada pukulan pertama, barang siapa yang membunuhnya pada pukulan ketiga, baginya sekian pahala yang kurang daripada pukulan kedua

Hadis riwayat Muslim (2240)

Hukum membunuh cicak adalah disunatkan
Hukum membunuh cicak adalah disunatkan

Pukulan yang dimaksudkan juga adalah merujuk kepada cara untuk membunuhnya di mana jika boleh, dengan sekali pukul sahaja cicak itu boleh mati atas dasar mengurangkan penyiksaan terhadap binatang tersebut. Jadi di sini ingin dijelaskan, sememangnya benar hukum membunuh cicak adalah disunatkan.

Beralih pula kepada persoalan tentang najis. Sebagai umat Islam, maksud tiga kategori najis iaitu muhallazah, mukhaffafah dan mutawasitah sudah diterangkan dengan jelas.  Jka tersentuh,  ia boleh membatalkan solat dan wajib disamak atau dibersihkan mengikut tertib yang ditetapkan.

Tahi cicak adalah sama seperti bahan buangan haiwan yang lain. Sama ada binatang tersebut boleh dimakan atau pun tidak, ia tetap najis
Tahi cicak adalah sama seperti bahan buangan haiwan yang lain. Sama ada binatang tersebut boleh dimakan atau pun tidak, ia tetap najis

Namun bagaimana pula dengan tahi cicak yang biasanya ada  dalam segelintir masjid atau surau. Jika dipijak,  adakah ia boleh membatalkan solat kita? Secara umumnya tahi cicak jatuh di bawah kategori najis mutawasitah (najis ringan) iaitu kotoran selain selain daripada mughallazah dan mukhaffafah seperti darah atau bangkai haiwan (kecuali ikan dan belalang).

Jadi mengikut mazhab Syafie, tahi cicak adalah sama seperti bahan buangan haiwan yang lain sama ada binatang tersebut boleh dimakan atau pun tidak, ia tetap najis. Namun turut dipertimbangkan beberapa situasi memandangkan seperti kita tahu, keberadaan atau kewujudan tahi cicak ini agak sukar dikawal. 

Hukum memijak tahi cicak najis adalah dimaafkan dan tidak memberi kesan kepada solat kerana sukar untuk dielakkan
Hukum memijak tahi cicak najis adalah dimaafkan dan tidak memberi kesan kepada solat kerana sukar untuk dielakkan

Justeru mengikut pandangan sebahagian ulama, walaupun ia kering dan kadang-kadang tidak terasa apabila dipijak, ia tetap najis namun dimaafkan kerana sukar untuk di elakkan.

Maka, jika najis ini dilihat terlalu banyak adalah perlu untuk pihak bertanggung jawab membuang dan membersihkannya, bertujuan memberi keselesaan kepada jemaah lain untuk menunaikan solat kerana ia boleh menjejaskan ibadah kita. Bagaimanapun jika terlalu sedikit dan sukar untuk dihindari, solat kita tidak terkesan kerana najis tersebut dimaafkan. - Getaran, 8 Oktober 2023

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Pada

Jadi Diriku - Tunku Rania 7 Oktober

07 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM