web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: 30,403 Anggota Rela Ditugas Bantu Pihak Berkuasa

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2021 3:15PM

Penglibatan 30,403 anggota RELA dari seluruh negara membantu polis dan anggota tentera untuk memastikan orang ramai mematuhi arahan PKP. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus  menumpukan pemantauan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di premis perniagaan dan kawasan awam, selaras dengan pelaksanaan beberapa peraturan yang masih berkuat kuasa.

Walaupun rakyat sudah dibenarkan bergerak bebas, susulan penarikan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 5 Mac, namun SOP yang ditetapkan masih perlu dipatuhi, serentak dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) di beberapa negeri.

Susulan penularan COVID-19 yang masih mengancam negara, kerajaan mengerahkan lebih 101,000 anggota keselamatan membabitkan pelbagai agensi, bagi memastikan pematuhan SOP di semua premis berjalan dengan baik.

Ia mencakupi penglibatan 30,403 anggota dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), di 157 daerah seluruh negara, khusus membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepanjang tempoh pelaksanaan semua kategori PKP.

Penugasan anggota itu juga bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan PKP termasuk sepanjang tempoh PKP Diperketat (PKPD), PKPB dan PKPP.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan, tiga juta anggota RELA di seluruh negara akan digerakkan bagi membantu tugas penguatkuasaan pelaksanaan SOP di semua premis, termasuk kawasan tumpuan awam.

Menurut beliau, langkah itu adalah bagi melicinkan operasi anggota sedia ada untuk melaksanakan semua arahan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Selain membantu pasukan task force dalam melaksanakan sekatan jalan raya, semua anggota RELA itu turut terbabit dalam melakukan rondaan pemantauan di kawasan perumahan, pasar raya dan bank, selain mengawasi tahap pematuhan rakyat terhadap SOP dikenakan.

Selain itu anggota RELA juga ditugaskan membantu kawalan keselamatan perimeter di sekitar lokasi PKP, pusat kuarantin, hospital dan membantu sesi saringan kesihatan di pintu masuk utama negara. - Getaran, 7 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar