web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Parlimen Digesa Bahas Isu Banjir, Alam Sekitar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 12:42PM

Saifuddin Nasution - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parlimen digesa mengadakan sidang khas segera untuk membahaskan isu banjir dan kesiapsiagaan jentera kerajaan dalam menghadapi bencana itu yang menyaksikan rakyat sangat terkesan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata sidang khas itu membolehkan segala undang-undang sedia ada berhubung alam sekitar, penjagaan sungai dan pembangunan bandar yang mampan dibahaskan, dibincangkan serta diteliti secepatnya untuk kepentingan masa depan rakyat dan negara.

Katanya, sidang khas itu amat penting kerana dalam tempoh seminggu ini, begitu ramai rakyat Malaysia, khususnya di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang yang sangat terkesan akibat banjir.

“Begitu ramai yang sudah kehilangan harta benda, malah orang tersayang,” katanya menerusi kenyataan.

Saifuddin berkata, pada masa sama, menerusi media sosial masyarakat menyaksikan bagaimana rakyat bangkit untuk membantu semua yang memerlukan bantuan.

Malah, katanya, masyarakat mendengar warga negara asing mempertaruhkan nyawa untuk membantu mereka yang terperangkap akibat air bah sangat tinggi.

Beliau berkata, PKR turut mengerah sukarelawannya dari seluruh negara turun padang membantu mangsa daripada segi wang ringgit, menyelamatkan mereka dan bersama-sama membersihkan kediaman terjejas banjir.

“Kita juga membaca dan meneliti bagaimana tindakan segera kerajaan negeri tersekat akibat koordinasi lemah di peringkat Pusat, walaupun aset dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah bersedia.

“Ini semua menjadi pengajaran buat kita,” katanya.

Menurut Saifuddin, kejadian hujan tidak berhenti selama beberapa hari, diikuti tanah runtuh dan banjir besar, seharusnya mengingatkan semua pihak bahawa perubahan iklim sememangnya berlaku.

Perubahan itu juga, katanya, mendatangkan kesan di luar jangkaan terhadap pelbagai pihak, termasuk pakar dan pemerintah.

Jelasnya, melihat lumpur dimuntahkan bukit dan sungai membuktikan ‘harta alam’ bernilai itu, masing-masing semakin terhakis dan cetek.

Hakisan dan kecetekan itu, katanya, adalah kesan daripada aktiviti manusia, justeru jika tidak dikawal, membawa padah dan malapetaka.

Selain itu, Saifuddin berkata, ekoran kesan perubahan cuaca dunia dan kemunculan pelbagai wabak virus tanpa sempadan yang silih berganti, kerajaan, sektor swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) di negara maju kini lebih serius melaksanakan prinsip Environmental Social Governance (ESG) sebagai dasar utama pembangunan.

“Justeru, agar Malaysia tidak ketinggalan, Parlimen perlu segera meneliti segala undang-undang sedia ada berhubung alam sekitar, penjagaan sungai, dan pembangunan bandar yang mampan untuk melihat jauh ke hadapan.

“Saya menggesa agar satu sidang khas Parlimen diadakan khusus untuk membahas isu banjir dan kesiapsiagaan jentera kerajaan, demi semua ahli Keluarga Malaysia yang sangat terkesan,” katanya. - Getaran, 24 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

2

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar