web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kadar Penerimaan Dos Penggalak Vaksin Covid-19 Adalah Baik - Dr Noor Azmi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 11:59AM

Dr Noor Azmi - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar penerimaan dos penggalak vaksin COVID-19 adalah baik, namun majoriti memilih untuk mengambil dos penggalak daripada jenis yang sama (homologous) dengan dos primer, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata berdasarkan soal selidik bertajuk ‘Persepsi Terhadap Pengambilan Dos Penggalak dalam  kalangan Populasi Malaysia (Inception - B)’ oleh Institut Penyelidikan Klinikal pada 15 hingga 26 Oktober lepas, sebanyak 76.2 peratus responden bersetuju mengambil dos penggalak dan daripada jumlah itu hanya 39.9 peratus bersetuju untuk mengambil dos penggalak daripada jenis berlainan (heterologous) dengan dos primer.

“Ini mungkin menyebabkan kadar kedatangan bagi dos penggalak yang rendah kerana pada masa tersebut, hanya vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebagai dos penggalak,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Teo Eng Tee yang ingin tahu punca utama kebanyakan orang ramai tidak hadir untuk mengambil suntikan penggalak COVID-19 dan usaha kementerian dalam menangani masalah itu.

Bagaimanapun, Dr Noor Azmi berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kadar penerimaan dos penggalak akan meningkat berikutan PBKD telah meluluskan vaksin CoronaVac keluaran Sinovac dan vaksin AstraZeneca untuk digunakan sebagai dos penggalak pada 17 Nov lepas, sekali gus membolehkan pemberian dos penggalak secara homologous bagi penerima dos lengkap vaksin tersebut dilaksanakan.

Menjawab mengenai punca utama kebanyakan orang ramai tidak hadir untuk mengambil suntikan penggalak, beliau berkata ini adalah kerana mereka masih belum mendapat maklumat yang jelas berhubung dos penggalak.

Menurutnya, hasil soal selidik itu juga mendapati hanya 48.8 peratus menyatakan mendapat maklumat yang cukup mengenai dos penggalak.

“Sehubungan itu, KKM telah mewujudkan Jawatankuasa Strategi Komunikasi PICK (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan)-Booster khusus telah dibentuk untuk memperkukuhkan penyampaian mesej berkaitan dos penggalak kepada orang awam,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Eng Tee yang ingin tahu alasan Malaysia yang masih melaksanakan pemberian vaksin campuran sedangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran terhadap perkara itu, Dr Noor Azmi berkata kajian menunjukkan pemberian dos penggalak heterologous akan menyebabkan peningkatan imuniti lebih tinggi berbanding vaksin jenis sama.

“Sebab itu kita nak terangkan kepada rakyat supaya rakyat faham, supaya rakyat jangan takut dan ambil berat tentang perkara ini untuk perlindungan nyawa kita semua,” katanya.

Berhubung pemberian dos penggalak yang kedua, beliau berkata buat masa ini kerajaan memberi tumpuan kepada pemberian dos penggalak sedia ada dan pemberian dos penggalak yang seterusnya masih dalam pemerhatian KKM.

“Setakat ini data-data yang ada kita belum lagi sampai ke tahap itu, untuk COVID-19 ini kita fokus kepada dos penggalak dan kita belum lagi buat keputusan (untuk memberi dos penggalak yang kedua).

“Keputusan mestilah berdasarkan fakta-fakta yang tepat untuk kesihatan kita,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Datuk A Kesavadas berhubung pemberian dos penggalak kedua. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar