web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KWSP Didesak Lulus RM10,000 ‘One-Off’ Untuk Pencarum Terjejas Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 8:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi membantu usaha bantuan dan pemulihan banjir kepada komuniti terjejas mendapat bantahan ramai.

Sebaliknya, majoriti rakyat masih mengharapkan pengeluaran khas KWSP berjumlah RM10,000 secara one-off khususnya kepada pencarum yang terjejas akibat banjir.

Seorang pengguna Facebook, Ronald Mohoni berkata KWSP tidak boleh menggunakan duit pencarum sesuka hati walaupun untuk membantu golongan terjejas, tanpa kebenaran pencarum.

“Membantu mangsa banjir adalah satu perkara yang baik, namun saya tidak bersetuju apabila KWSP peruntuk sejumlah 10 juta untuk membantu golongan yang terjejas kerana duit KWSP adalah duit pencarum, bukannya duit kerajaan.

“Jika benar KWSP ingin membantu, luluskan saja pengeluaran I-citra 2.0 secara one off  berjumlah RM5,000 hingga RM10,000. Saya yakin, golongan yang terjejas ini bukan saja terjejas disebabkan COVID-19 tetapi juga bencana banjir,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Beluran, Sabah.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Mohd Fareez meluahkan rasa kecewa mengenai keputusan tersebut.

“Lain rakyat harapkan di musim banjir ni, lain yang korang buat. Lepas tu hari-hari jual tagline munafik, ‘demi rakyat’, ‘mendengar keluhan rakyat’,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Kameichu Lippu II turut membantah pengeluaran duit pencarum untuk tujuan tersebut.

“Jangan guna duit pencarum. Kami tengah berjuang untuk kelulusan RM10,000 one-off ni,” katanya.

Malah, Adi Azman merayu agar kerajaan mempertimbangkan semula pengeluaran KWSP secara one-off yang diperjuangkan rakyat selama ini.

“Saya terkesan akibat banjir, rumah masuk air, barang rosak. Kena kuarantin pula sebab ada kes di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Tadi kereta pula tiba-tiba terbakar di tepi jalan semasa saya duduk di PPS. Patut dibantu atau tidak? Tanya jer,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Bima Sakti turut mendesak kerajaan agar meluluskan segera pengeluaran tersebut tanpa syarat terutamanya kepada pencarum yang terjejas akibat banjir.

“Bagi kelulusan orang nak keluarkan RM10,000 tanpa syarat dengan segera. Ramai orang tengah susah sekarang ni. Harga barang-barang keperluan naik.

“Ada yang hilang kerja sampai hutang bank tertangguh, tak dapat bayar sewa rumah, tak dapat bayar ansuran kenderaan dan terpaksa meminjam sana sini,” katanya.

Semalam, KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan bantuan itu akan disalurkan melalui pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak balas terhadap bencana dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Pelaburan Kerajaan (GDRN).

Sebagai tambahan kepada komitmen kewangan, KWSP akan menawarkan penggunaan Kampus Pembelajaran KWSP (ELC) di Bangi, yang menyediakan 152 bilik dengan kemudahan penuh, kepada mereka yang dipindahkan berikutan banjir serta perkhidmatan kecemasan yang telah bertindak balas terhadap krisis ini.

“Sebagai tanda sokongan dan solidariti, warga KWSP juga sedang mengumpul dana melalui Program Kongsi Rezeki KWSP bagi membantu mangsa banjir, selain menggerakkan sumber di cawangan KWSP di seluruh negara untuk memastikan kesinambungan perniagaan di kawasan yang terjejas,” katanya. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad