web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung Dibentang Ke Kabinet - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2024 8:14PM

gambar akaun X Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua setiap pemimpin di negara ini, termasuk perdana menteri bertanggungjawab menjaga sebuah kampung bagi mengetahui secara langsung masalah yang dihadapi di kampung berkenaan.

Katanya, perancangan bagi menangani masalah dihadapi setiap penduduk menerusi ‘Model Cherok Tok Kun’ itu dicapai hasil pertemuan dengan pimpinan masyarakat, jawatankuasa masjid dan wakil-wakil persatuan dari kawasan Cherok Tok Kun, Pulau Pinang.

Anwar berkata, menerusi projek berkenaan penduduk Cherok Tok Kun perlu berbincang dan laporkan semua masalah ini secara terus kepadanya dan beliau akan berusaha membantu menyelaras bantuan dan peruntukan kerajaan, sekali gus menyelesaikan isu-isu berbangkit.

Beliau berkata, sekiranya projek itu berjaya menangani isu di Cherok Tok Kun, ia akan diperluaskan dengan mewajibkan semua menteri, timbalan menteri, pimpinan kanan kerajaan serta ketua-ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk turut melaksanakan Model Cherok Tok Kun di kampung halaman masing-masing.

Justeru, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, cadangan tersebut akan dibentangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.

"Memulakan hari ini dengan mengadakan pertemuan bersama pimpinan masyarakat, jawatankuasa masjid dan wakil-wakil persatuan dari kawasan Cherok Tok Kun, Pulau Pinang pagi tadi.

"Pertemuan sekitar satu jam ini tidak sekadar menyentuh soal pembangunan di Cherok Tok Kun, malah saya turut bentangkan perancangan bagi menangani masalah dihadapi setiap penduduk di kampung ini menerusi ‘Model Cherok Tok Kun’.

"Menerusi projek perintis ini, saya akan memantau secara langsung masalah dan keperluan rakyat di Cherok Tok Kun, sama ada isu kemiskinan, pengangguran, kos sara hidup, kesihatan, pendidikan, jenayah mahupun infrastruktur seperti baik pulih dan pembinaan masjid," kongsinya di akaun X.

Perdana Menteri berkata, beliau memilih pendekatan itu kerana mahu semua pemimpin kerajaan memikul tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat.

"Tiada guna bicara soal ekonomi dan pelaburan berbilion ringgit jika masalah-masalah harian rakyat tidak mampu kita tangani.

"Semoga Model Cherok Tok Kun yang meletakkan tanggungjawab serta amanah membantu rakyat kepada pemimpin, akan merintis jalan penyelesaian tuntas terhadap isu-isu yang membelenggu rakyat sejak sekian lama," katanya.

Terdahulu, ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat Aidilfitri Perpaduan di Galeri Pejuang Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam hari ini, beliau berkata, cadangan tersebut adalah cara terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di kampung, selain pegawai daerah dan kerajaan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Malah, beliau yakin cadangan kali pertama itu akan memudahkan penyelarasan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama ketua atau wakil kampung.

"(Contoh beritahu) ada yang menggangur, ada yang tercicir, miskin tegar, ada yang rumah dia robek, kemudian ada masalah dadah, masalah jenayah, perlukan TVET (Latihan Teknikal dan Vokasional) dan semua itu dibincang oleh orang kampung dan beritahu secara langsung kepada orang yang bertanggungjawab," katanya. - Getaran, 5 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad