web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kereta Bertembung 4WD, Warga Emas Rentung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 3:13PM

Keadaan kereta Proton Saga yang dipandu mangsa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang warga emas rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar, setelah terbabit dalam nahas bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Jalan Sook-Nabawan, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi itu, Proton Saga yang dipandu mangsa dikenali sebagai Wahab Marjuki, 61, dilaporkan bertembung dengan Isuzu Dmax sebelum terbakar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.31 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook dikerah ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, pasukan mendapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan dan satu daripadanya iaitu Proton Saga sedang terbakar.

“Tindakan pantas orang awam telah berjaya memadam kebakaran kenderaan berkenaan sebelum jentera tiba.

“Pasukan bomba bagaimanapun menemui seorang lelaki yang rentung dalam Proton Saga berkenaan dan mengeluarkan mangsa.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, pemandu Isuzu Dmax yang mengalami cedera ringan telah dihantar ke Hospital oleh orang awam.

Operasi berkenaan ditamatkan pada jam 11.29 pagi selepas pihak bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi. - Getaran, 19 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 45 minit yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad