web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 48,000 Rumah Mesra Rakyat Siap Dibina

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 4:59PM

Dr Ismail berucap merasmikan Taklimat Kesedaran Permohonan Secara Dalam Talian Rumah Mesra Rakyat Parlimen Maran, di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARAN - Sejak diperkenalkan pada tahun 2002, program Rumah Mesra Rakyat (RMR) kendalian Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah berjaya menyiapkan 48,316 unit di seluruh negara.

Sebanyak 6,606 permohonan PULA sedang berada di peringkat akhir penilaian sebelum kerja pembinaan kediaman dilakukan kontraktor dilantik SPNB.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Muttalib berkata, program RMR itu adalah antara inisiatif kerajaan bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan berpendapatan rendah (B40) memiliki kediaman sendiri. 

“Jumlah (RMR) yang sudah siap ini adalah membabitkan projek di seluruh negara dan sejumlah 92,905 permohonan sudah ada dalam sistem SPNB untuk menunggu kelulusan. 

“Setiap unit rumah bernilai antara RM100,000 hingga RM130,000 dan kerajaan membiayai sebahagian daripada kos (pembinaan) manakala pemohon pula membayar sekitar RM300 sebulan untuk satu tempoh ditetapkan institusi kewangan yang menyediakan pembiayaan (pinjaman),” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Taklimat Kesedaran Permohonan Secara Dalam Talian RMR Parlimen Maran, di sini, hari ini. 

Turut hadir Pegawai Daerah Maran, Sharuddin Jali dan Pengarah SPNB Pahang, Datuk Ahmad Islanizam A Halim. 

Kerajaan Persekutuan ketika membentangkan Bajet 2022 pada Oktober lalu mengumumkan 3,000 unit RMR akan dibina di seluruh negara membabitkan peruntukan RM315 juta. 

Dr Ismail yang juga ahli Parlimen Maran turut memaklumkan, Pahang antara negeri menerima manfaat melalui program RMR itu dan sehingga November lalu, sebanyak 4,228 unit sudah siap dibina di seluruh negeri. 

“Begitu juga di Maran, setakat ini sejumlah 809 permohonan diterima oleh SPNB bagi pembinaan RMR dan 307 unit sudah pun siap. 

“Masih ada lagi permohonan dibuat dan sudah diluluskan, tapi belum siap dan kita harap ia dapat dipercepatkan (pembinaan) untuk memastikan pemohon berkenaan dapat memiliki rumah yang lebih selesa,” katanya. 

Selain mempunyai enam pilihan reka bentuk, SPNB turut melakukan penambahbaikan polisi perlindungan insuran bagi pemohon RMR membabitkan bencana banjir dan kebakaran, selain pemohon akan turut menerima perlindungan kemalangan, badal haji, khairat kematian serta kos penghospitalan sebanyak RM100 sehari. - Getaran, 10 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar