web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MARA Tidak Berkompromi Kes Buli, Tindakan Tegas Akan Diambil

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 4:35PM

Kejadian buli yang tular di media sosial sejak malam tadi dikatakan berlaku premis berasrama penuh di bawah naungan MARA.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) memandang serius kes buli dan akan melaksanakan siasatan terperinci terhadap video yang tular dipercayai membabitkan sekumpulan pelajar di sebuah institusi pendidikannya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan tegas juga akan diambil terhadap pelajar terlibat berdasarkan peruntukan dan peraturan sedia ada di peringkat pengurusan MARA, jika video yang tular adalah benar.

“MARA mengambil maklum bahawa satu kandungan di media sosial Facebook dan Twitter telah tular berkaitan rakaman video sekumpulan pelajar sedang membuli rakannya.

“Saya telah mengarahkan pihak pengurusan MARA untuk menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes berkenaan dan kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku buli seperti yang tular di media sosial hari ini,” katanya hari ini.

Tegas beliau lagi, MARA tidak sesekali memberi ruang kepada sebarang tindakan atau perbuatan salah laku yang menyalahi etika kemanusiaan.

“Kami tidak akan berkompromi terhadap pihak yang melakukan sebarang salah laku atau perbuatan yang menyalahi undang-undang, peraturan dan tata etika di mana-mana premis seliaan kami pada bila-bila masa,” katanya.

Dalam pada itu, polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis mengesahkan kejadian itu berlaku di negeri itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook berkongsi beberapa video yang memaparkan seorang pelajar lelaki menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar di asrama sekolah.

Antara lain video berkenaan memaparkan tangan mangsa dipegang dua pelajar sebelum dia ditumbuk di bahagian perut.

Punggung mangsa juga diterajang seorang lagi pelajar.

Beberapa pelajar lain yang menyaksikan insiden itu pula dilihat tidak menghalang perbuatan kejam berkenaan.

Tindakan tersebut menyebabkan mangsa yang mengenakan baju berwarna merah terpaksa menahan sakit akibat dibelasah. - Getaran, 10 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad