Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cantik Tak Perlu Sakit Dengan Rawatan Penyingkiran Rambut Strip AFT

Rawatan penyingkiran rambut separa kekal ini menjamin keselesaan serta hasil yang maksimum.

Teknovasi Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2024 12:44PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wanita tidak akan pernah berhenti bercakap soal kecantikan. Setiap masa, ada sahaja produk atau rawatan kecantikan yang menjadi bualan sesama rakan untuk dicuba, termasuklah tip-tip untuk memastikan penampilan sentiasa berada di tahap terbaik.

Salah satu rawatan yang sentiasa mendapat sambutan ramai ialah, rawatan penyingkiran rambut. Ada banyak salun kecantikan yang menawarkan perkhidmatan ini. Sama ada yang bersifat sementara, separa kekal dan kekal.

Selalunya apabila ingin melakukan rawatan penyingkiran atau pembuangan rambut ini, ramai yang lebih suka menjalani rawatan tanpa sakit, selesa dan selamat.

Bagi yang belum pernah mencuba rawatan ini di mana-mana, dan ingin bermula, bolehlah panjangkan langkah ke Strip, Ministry of Wax yang memang terkenal dengan rawatan pembuangan rambut.

Menawarkan rawatan Strip Advanced Fluorescence Technology (AFT), kaedah ini berjaya meningkatkan taraf keberkesanan dan juga keselesaan. Sebagai perintis dalam bidang penyingkiran rambut yang merentasi lebih dari dua dekad, rawatan revolusioner penyingkiran rambut separa kekal oleh Strip ini menjamin keselesaan serta hasil maksimum pada risiko yang paling minimum.

AFT merupakan teknologi yang dipatenkan, diinovasi eksklusif untuk Strip oleh Alma Laser, pakar terkemuka dunia yang telah memperkenalkan teknologi perubatan dan estetik yang canggih berasaskan tenaga. Kolaborasi antara Strip dan Alma telah berterusan lebih dari 10 tahun dan telah mengilhamkan mesin buatan khas ciptaan bersama oleh kedua-dua pakar tersebut yang tiada saingannya.

Dibentuk khusus mengikut keperluan dan spesifikasi yang ditentu oleh Strip, mesin AFT telah menggabungkan kepakaran Alma dalam teknologi berasaskan cahaya dengan kepakaran Strip dalam penyingkiran rambut.

Merangkumkan ciri-ciri terkini dalam sebuah mesin, AFT telah tampil sebagai rawatan penyingkiran rambut berasaskan cahaya yang tiada tandingannya, bukan sahaja daripada segi keberkesanan dan keselamatan, tetapi juga daripada segi keselesaan.

Mesin AFT Strip ini dilengkapi dengan aplikator kristal 5cm yang membolehkannya merangkumi kawasan kulit yang lebih luas bagi memastikan keberkesanan yang lebih tinggi.

Aplikator AFT direka untuk memancarkan semburan tenaga secara beransur-ansur, membolehkan sentuhan yang berulangkali pada tempat rawatan yang sama tanpa menyebabkan sebarang ketidakselesaan pada kulit.

Ini merupakan satu penambahbaikan yang hebat berbanding dengan aplikator biasa bersaiz 3cm yang memancarkan semburan tenaga tinggi dan tertumpu pada kawasan rawatan setiap kali yang akan menyebabkan ketidakselesaan dan juga kesakitan.

Sistem pemanasannya juga berlaku secara perlahan-lahan, jadi pelanggan tidak akan berasa sakit atau tidak selesa sepanjang sesi berlangsung. Pemancaran semburan tenaga melalui beberapa laluan untuk mengumpul dos tenaga yang sesuai ini bertujuan untuk melemahkan folikel rambut secara drastik.

Pengalaman ini adalah jauh berbeza daripada mesin lain yang menggunakan sistem pemanasan langsung untuk memberi aliran tenaga yang tajam, dengan kemungkinan mengakibatkan kelecuran dan rasa pedih.

Tidak cukup dengan itu, AFT Strip juga menambahkan keselesaan dengan sistem penyejukan khas dalam mesin yang berfungsi untuk menyerap sisa haba dari permukaan kulit.

Untuk yang tertanya-tanya tentang pengalaman yang bakal ditempuhi, ini secara ringkas perkara yang perlu anda tahu.

Sejurus selepas mendaftar masuk di Strip setiap pelanggan AFT Brazilian dan AFT Boyzilian akan diberikan Strip Hygiene Pack (Pek Kebersihan). Pek eksklusif ini adalah inisiatif dan diperkenalkan oleh Strip dan ia mengandungi pencukur, sarung tangan lateks, tisu lap basah, spatula kayu, pad kapas dan putik kapas, kesemuanya adalah pakai-buang dan adalah untuk penggunaan pra rawatan serta penjagaan selepas rawatan.

Sebaik sahaja pelanggan bersedia untuk rawatan, juruterapi Strip yang terlatih akan bermula dengan pencukuran rambut di kawasan rawatan dan menyapu gel penyejuk pada kulit.

Kemudian, juruterapi akan menggunakan aplikator kristal unik AFT untuk memancarkan semburan tenaga pada kulit dalam dos yang lembut dengan tepat dan konsisten untuk mencapai pengurangan rambut yang diinginkan.

Langkah ini dilakukan dalam gerakan berputar, memberikan sensasi yang menenangkan. Selepas rawatan, juruterapi akan menyapukan Two Lips Ice yang dirumus khas untuk keselesaan yang maksimum.

Oh ya! satu lagi kelebihan rawatan ini ialah, gelombang tenaga yang diserap dalam folikel rambut di bawah kulit dan bertukar menjadi haba berfungsi untuk melemahkan dan memusnahkan folikel rambut.

Jadi hasilnya, rambut yang tidak diingini pada kawasan rawatan gugur secara beransur-ansur dan pertumbuhan semula diperlahankan serta kurang dengan ketara. Dengan enam sesi rawatan AFT pada selang masa empat hingga enam minggu, rawatan lengkap mampu mencapai pengurangan rambut sehingga 80% yang boleh bertahan selama dua sehingga tiga tahun.

Rawatan ini bukan sahaja boleh dilakukan pada kawasan peribadi, tetapi ia juga boleh dilakukan pada hampir semua bahagian badan, seperti muka, lengan, ketiak, dada, belakang badan, kaki dan bahagian peribadi.

Strip Malaysia kini menawarkan tawaran harga menarik untuk pelanggan yang belum pernah mencuba rawatan AFT untuk tempoh terhad iaitu dari 20 April hingga 20 September 2024 di semua cawangan.

Dengan harga serendah RM58 anda sudah boleh merasai sensasi pengalaman penyingkiran bulu yang mungkin tidak pernah dialami sebelum ini. Untuk maklumat lanjut dan menetapkan temujanji, layari STRIP Malaysia. Selain itu, anda juga boleh dapatkan berita terkini STRIP melalui Strip Malaysia Facebook dan Strip Malaysia Instagram. – Getaran, 6 Mei 2024

Foto : Strip Malaysia

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Pasar Besties Bazaar Memupuk Kebahagiaan, Tangani Masalah Kesihatan Mental

oleh Rahayu MN

Refleksi 7 jam yang lalu

Tak Perlu Saling Berbalah, Hukum Boikot Adalah Harus

Boikot yang dilaksanakan mestilah berasaskan prinsip tabayyun iaitu menyemak dan menyelidik dengan berhati-hati

oleh Rahayu MN

Selera 23 jam yang lalu

The Exchange TRX Persembahkan TRX Eats, Acara Makan-Makan dan Hiburan Hujung Minggu 

Berlangsung sepanjang Mei ini, acara tersebut turut memberi peluang pengunjung memenangi pelbagai baucer dan hadiah.

oleh Rahayu MN