web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Buli, Polis Perak Buka Kertas Siasatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 3:16PM

Datuk Mior Faridalathrash Wahid - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung insiden buli membabitkan sekumpulan pelajar yang berlaku di sekolah berasrama penuh di Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, beliau telah mengarahkan polis Kuala Kangsar untuk menyiasat insiden itu termasuk kesahihan dakwaan kejadian tersebut berlaku di negeri berkenaan.

“Saya baru terima video tular itu pagi ini dan telah mengarahkan polis Kuala Kangsar untuk menjalankan siasatan bagi mengetahui bila kejadian buli itu berlaku.

“Saya baca komen (tular) ada yang kata kejadian itu berlaku di Kuala Kangsar, tetapi belum pasti sama ada betul ia berlaku di sana, mungkin di tempat lain.

“Jadi biar kami siasat dulu dan dapatkan kesahihan,” katanya.

Menurut beliau, berdasarkan video yang tular itu, memang jelas berlaku kejadian buli apabila mangsa ditumbuk di bahagian perut.

“Polis akan kongsi maklumat lanjut kejadian itu selepas siasatan dilakukan.

“Kadang-kadang kejadian berlaku sudah lama, tetapi tular semula.

“Saya belum dapat beri pengesahan, biar kami siasat dan dapat kesahihan dahulu,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook berkongsi beberapa video yang memaparkan seorang pelajar lelaki menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar di asrama sekolah.

Video berkenaan memaparkan bagaimana tangan mangsa dipegang dua pelajar sebelum dia ditumbuk di bahagian perut.

Selain itu, punggung mangsa turut diterajang seorang lagi pelajar.

Beberapa pelajar lain yang menyaksikan insiden itu juga dilihat tidak menghalang pelaku melakukan perbuatan kejam tersebut.

Tindakan berkenaan menyebabkan mangsa yang mengenakan baju berwarna merah terpaksa menahan sakit akibat dibelasah. - Getaran, 10 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

3

Semasa 5 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

4

Semasa 6 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar