web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadi Pilihan Utama Penyeludup, Murai Kampung Diancam Kepupusan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2021 5:43PM

Burung Murai Kampung - Gambar dari TRAFFIC

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dek kicauannya yang merdu, burung Murai Kampung kini di ambang kepupusan kerana menjadi sasaran utama penyeludup, untuk dijual di pasaran Indonesia.

Susulan itu, sejumlah 26,950 ekor burung tersebut berjaya dirampas pihak berkuasa, dalam 44 insiden membabitkan Malaysia sepanjang Januari 2015 hingga Disember 2020.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, laporan terbaru jabatan berkenaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), TRAFFIC mendedahkan bahawa, 66 peratus daripada Murai Kampung yang dirampas itu diseludup pada tahun lalu.

“Ia menunjukkan peningkatan pemerdagangan antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang didorong oleh permintaan berterusan sebagai haiwan peliharaan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, 64 peratus Murai Kampung tempatan diseludup ke negara jiran, Indonesia, dan ia dikenal pasti sebagai spesies terlaris untuk diperdagangkan secara haram.

“Sejumlah 17,314 ekor haiwan ini dikesan diseludup melalui jalan laut dan empat negeri iaitu Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak disahkan menjadi pusat pengumpulan bagi tujuan penyeludupan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, TRAFFIC yang berfungsi untuk memantau pemerdagangan hidupan dan tumbuhan liar berkata, penambahbaikan undang-undang perlu dilaksanakan bagi memastikan Murai Kampung beroleh perlindungan sewajarnya.

Pengarah TRAFFIC Asia Tenggara, Kanitha Krishnasamy berkata, sejarah membuktikan bahawa kepupusan dalam masa singkat, akan berlaku ke atas spesies yang diburu dan tidak dikawal selia dengan betul.

“Ini telahpun berlaku kepada burung Barau-barau yang dahulunya biasa dilihat, tetapi kini lesap dari kebanyakan kawasan asalnya kerana kuat didagangkan,” katanya.

Buat masa ini, Murai Kampung hanya disenaraikan oleh sebagai haiwan terlindung di Sabah di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

Situasi berkenaan, jelas Pegawai Program TRAFFIC, Serene Chng, perlu diubah pada kadar segera.

“Murai Kampung mesti disenaraikan sebagai spesis terlindung di Malaysia dan langkah ini akan membolehkan sistem perlesenan digunapakai untuk memantau serta menyelia perdagangan spesis ini secara lebih berkesan.

“Ini bukan sahaja akan menyeragamkan status perlindungannya, tetapi juga membolehkan tahap pengurusan yang lebih mantap diwujudkan, bagi menyelia perdagangan dan perlindungan di masa hadapan,” katanya. - Getaran, 6 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambah Renjer Komuniti Elak Hutan, Hidupan Liar Terus Diancam - Nik Nazmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Terlibat Seludup, Lupus Sisik Tenggiling, Lelaki Tempatan Direman 4 Hari

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Dasar Berkaitan Pampasan Akibat Tanaman Dirosakkan Hidupan Liar Dirangka

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pemuliharaan Hidupan Liar Di Habitat Asal Perlu Diperkukuh

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad