web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemuliharaan Hidupan Liar Di Habitat Asal Perlu Diperkukuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 4:39PM

Nik Nazmi Nik Ahmad - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Usaha pemuliharaan hidupan liar di habitat asal perlu diperkukuh bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan meminimumkan konflik antara manusia dan hidupan liar, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam perutusan sempena Hari Hidupan Liar Sedunia 2023 hari ini, beliau berkata konflik manusia dan hidupan liar boleh menyebabkan kehilangan nyawa, kecederaan, kemusnahan tanaman, kematian ternakan serta kemusnahan harta benda.

Menurut Nik Nazmi seramai 25 orang telah meninggal dunia dan 270 lagi mengalami kecederaan akibat diserang oleh hidupan liar pada 2018 hingga 2022, manakala jumlah keseluruhan anggaran kerugian dalam tempoh tersebut akibat serangan spesies utama hidupan liar pula berjumlah RM43.3 juta.

Beliau berkata antara usaha untuk memulihara dan memelihara hidupan liar adalah melalui penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta A1646], penyediaan insentif konservasi biodiversiti dan hutan (Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti (EFT), pelantikan renjer komuniti dan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3).

Beliau berkata pengukuhan operasi penguatkuasaan pula telah berjaya merampas pelbagai produk hidupan liar seperti gading gajah, sumbu badak, sisik tenggiling dan kayu Red Sanders yang cuba diseludup melalui Malaysia sebagai destinasi transit.

Nik Nazmi berkata kejayaan Malaysia menyenaraikan Burung Barau-barau (Pycnonotus zeylanicus) ke Apendiks I Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) dan Burung Murai Batu (Kittacincla malabarica) dalam Apendiks II CITES di 19th Meeting of the Conference of the Parties to CITES (CoP19) pada tahun lepas jelas menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan hidupan liar negara dilindungi agar tidak diancam kepupusan.

Malaysia adalah ahli CITES sejak 18 Jan 1978.

CITES bertanggungjawab memastikan perdagangan antarabangsa spesies fauna dan flora terancam tidak menjejaskan kemandirian spesies di samping meningkatkan keberkesanan usaha pemeliharaan hidupan liar di habitatnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad