web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tipu Jual Vaksin, Polis Terima 2 Laporan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2021 8:36AM

Polis terima dua laporan berhubung penipuan penjualan vaksin COVID-19 melibatkan kerugian RM285,499 - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua laporan polis diterima berkaitan penipuan penjualan vaksin COVID-19, melibatkan kerugian bernilai RM285,499, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob.

Beliau berkata kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis mengesan terdapat penularan informasi di media sosial berkenaan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian, dan pihak pengendalian perkhidmatan jualan berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bagi menafikan terdapatnya iklan itu.

“Namun polis tidak menolak kemungkinan wujudnya iklan-iklan palsu berkenaan penjualan vaksin itu pada masa akan datang,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Zainuddin berkata sebagaimana diumumkan kerajaan, pemberian vaksin COVID-19 dilaksanakan secara percuma kepada rakyat negara ini, justeru sebarang tawaran penjualan vaksin oleh mana-mana pihak merupakan tindakan tidak bertanggungjawab, selain berkemungkinan berunsurkan penipuan.

Sehubungan itu, polis mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab, yang cuba mengambil kesempatan.

“Orang awam juga dinasihatkan sentiasa peka dengan pengumuman dan arahan-arahan yang dikeluarkan kerajaan dari semasa ke semasa, dalam memastikan maklumat tepat diperolehi berkaitan program vaksinasi ini,” kata Zainuddin.

Beliau berkata polis komited dalam melaksanakan pemantauan berterusan bagi mengesan mahupun membanteras mana-mana pihak, yang cuba mengiklankan penjualan vaksin secara dalam talian. - Bernama

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 19 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran